Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, dapat dilihat bahawa ada segelintir pekerja yang sengaja mencipta ‘drama’ di tempat kerja kerana ingin mengambil kesempatan untuk bercuti semasa pandemik ini.

Terbaharu, tular satu video kontroversi di media sosial mengenai seorang pekerja bank di New Delhi, India dikenali sebagai Arvind Kumar yang mendakwa majikannya telah melarang dirinya yang baru sahaja sembuh daripada jangkitan COVID-19 untuk mengambil cuti bekerja.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan Arvind berang kerana dipaksa untuk bekerja dan sengaja mencipta ‘drama’ apabila dia hadir ke pejabat sambil memakai topeng muka yang dibawa bersama bekalan tangki oksigen masuk ke dalam ruangan pejabatnya.

“Pihak atasan telah menghalang saya mengambil cuti dan disuruh datang bekerja dalam keadaan saya yang baru sahaja sembuh dan kurang stabil ini.

“Jangkitan COVID-19 telah merebak ke bahagaian paru-paru saya dan doktor sudah memaklumkan ia memakan masa selama tiga bulan untuk saya sembuh sepenuhnya.

“Saya mahu cuti. Kenapa saya dilayan tidak adil seperti ini?” luahan isi hati Arvind yang bekerja sebagai pengurus di Punjab National Bank.

Lantaran video tersebut tular, pihak bank tempat Arvind bekerja telah membuat penjelasan mendakwa Arvind sengaja mencipta drama tersebut untuk memfitnah pihak bank.

Menurut mereka, Arvind tidak berpuas hati selepas permohonan peletakan jawatan ditolak oleh majikannya atas dasar dia didakwa terlibat dengan masalah pinjaman aset di pejabatnya.

Wanita India ini maut selepas tangki oksigen dirampas polis yang mengutamakan golongan ‘kayangan’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Mahu Utamakan Golongan ‘Kayangan’, Wanita Ini Maut Selepas Tangki Oksigen Dirampas Polis

Selamba Minum Teh Campur Clorox, Pak Cik Ini ‘Dakwa’ Mampu Bunuh COVID-19 Dalam Badan

Sekadar Mahu Beri ‘Peringatan’, Tindakan Wanita Ini Sebar Berita Palsu Di Perlis Didenda RM5,000

Anda Mungkin Suka