Pasti anda pernah dengar akan kehidupan kaum Bajau Laut yang tinggal di sekitar Pulau Tatangan, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zandraeusoff telah berkongsi video yang memaparkan situasi cemas ketika dirinya dan keluarga bercuti di Sabah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat dirinya dan keluarga telah berkunjung ke Pulau Tatangan yang dihuni oleh suku kaum Bajau Laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@zandraeusoff/video/7033259496596147482

Zandra dan keluarganya yang berkunjung ke pulau itu berasa terkejut dan cemas apabila dikerumuni oleh Bajau Laut dan beg makanan mereka diambil begitu sahaja. Malah, dirinya juga memegang erat anaknya kerana takut diambil oleh mereka.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut berasa cemas melihat situasi yang dialami pengguna TikTok tersebut. Malah, ada netizen mengatakan memang begitu keadaan jika berkunjung ke situ dan perlu berhati-hati.

Malah, para netizen turut tertanya-tanya kenapa mereka sekeluarga ke pulau itu kerana sudah banyak kes seperti itu berlaku. Menjawab soalan netizen, Zandra mengatakan percutian ke Sabah itu pada April 2019 dan lawatan singgah ke kawasan Pulau Tatangan itu termasuk dalam pakej yang dibelinya.

Menurutnya, pemandu pelancong telah memberitahunya boleh membawa makanan untuk memberi kepada kaum Bajau Laut ini tetapi tidak sangka keadaannya seperti ini. Diingatkan agar anda tidak memberikan wang kepada kaum tersebut jika anda berkunjung ke Pulau Tatangan ini.

Sementara itu, kami kongsikan lokasi menarik yang boleh anda kunjungi di Sabah pada pautan di bawah ini.

Lokasi Pelancongan Hebat Yang Anda Boleh Lawati Jika Berada Di Sabah

6 Tempat Makan Yang Anda Perlu Cuba Jika Bercuti Di Sabah

Kini Saya Hanya Perlu Ke Sabah Untuk Rasai Pengalaman Tidur Dalam Khemah Mongolia