DJI pada hari ini telah melancarkan model dron terbaru mereka DJI Mavic Air. Melalui model ini, DJI telah menjanjikan pengguna sebuah dron dengan saiz yang kompak, ringan serta dikuasakan dengan spesifikasi yang tinggi.

Menyoal dari segi spesifikasi, DJI Mavic Air disertakan dengan kamera dengan resolusi 4K. Gambar 12-megapixel ketika bergerak manakala gambar panorama dengan saiz 32-megapixel antara yang pengguna boleh dapatkan dengan penggunaan kamera DJI Mavic Air.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguna berpeluang merakam video 1080p dalam paparan 120fps untuk mendapatkan footage slow-mo dan video 4K dalam 30fps. Penawaran gimbal tiga-axis sekaligus bakal membuatkan gambar yang diambil tampak lebih stabil.

dji-mavic-air-1

Dari segi masa penerbangan, DJI Mavic Air mampu bertahan selama 21 minit diudara dengan kelajuan sehingga 67.6 km/h. Dalam erti kata lain, model terbaru ini mampu terbang dengan lebih laju berbanding DJI Mavic Pro.

DJI Mavic Air bakal mula ditawarkan tidak lagi dengan harga yang lebih mahal berbanding DJI Spark dan sedikit rendah berbanding model DJI Mavic Pro. DJI Mavic Air bakal mula ditawarkan dengan harga $799 (~RM3,130.08) dengan 3 pilihan warna iaitu Arctic White, Onyx Black dan Flame Red.

DJI-Mavic-Air-12

DJI-Mavic-Air-21

DJI-Mavic-Air-23

Buat anda yang mahu mencari dron model pertengahan serta mementingkan masa penerbangan yang lama dan kompak, DJI Mavic Pro antara yang anda boleh pertimbangkan sekiranya harga bukan masalah bagi anda.

Berikut merupakan perbandingan DJI Mavic Air bersama DJI Mavic Pro yang dibuat oleh YouTuber terkenal, Casey Neistat.

Baca lagi: 3 Sebab Mengapa DJI Spark Merupakan Dron Permulaan Terbaik Buat Anda