Sekiranya anda ingin mula berjinak-jinak dengan dron atau ingin menjadi drone pilot, DJI Spark antara dron permulaan yang baik. Sesuai dengan keluarannya sebagai model entry level DJI, Spark ternyata berjaya menawarkan beberapa fungsi futuristik yang hanya bakal membantu anda mengawal dron dengan lebih baik.

Berikut merupakan 3 sebab mengapa DJI Spark merupakan dron pilihan terbaik untuk buat anda yang ingin menjadi drone pilot.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Gesture

DJI-Spark-Gesture-Control-follow

Ketika diumumkan DJI Spark dengan penyediaan sokongan gesture, kami berpendapat fungsi ini hanyalah sekadar gimik. Namun telahan kami salah setelah mendapati gesture daripada DJI Spark berjaya memberikan apa yang dimahukan buat pengguna baru iaitu pengawalan yang mudah dan kecekapan kamera.

Hanya semudah mengawal dron menggunakan tangan anda tanpa menggunakan remote, dron sudahpun dapat diterbangkan berdasarkan arah tangan anda.

DJI-Spark-Gesture-Control-Selfie-1360×680

Sekiranya anda ingin mengambil gambar, cukup dengan membuat gesture tangan seperti pada gambar diatas untuk membolehkan DJI Spark mengambil posisi terbaik untuk mendapatkan foto terbaik anda. Menarik bukan?

2. Kamera

dji-spark-white

Disertakan dengan kamera 12-megapixel, DJI berjaya menyertakan sebuah kamera yang cukup berkualiti tunggi untuk kegunaan swafoto serta merakam panorama dengan menarik.

Penyertaan gimbal pada DJI Spark juga membolehkan dron ini mengambil gambar dalam keadaan yang stabil dan tidak bergegar. Tidak mengejutkan untuk mengetahui DJI Spark berjaya tersenarai sebagai ‘best selfie dron’ melalui laman dronerush.

https://www.youtube.com/watch?v=7hiNZaZClfM&t=68s

3. Kompak dan berpatutan

dji spark

Sebelum pelancaran DJI Spark, jenama ini sering mengeluarkan dron berkualiti tinggi yang turut diumumkan dengan harga yang agak premium. Melalui model ini, DJI sengaja mengeluarkan sebuah dron yang hadir dengan fungsi futuristik namun ditawarkan dengan harga yang mampu milik.

Tidak hanya hadir dengan body yang kecil dan kompak, anda sebenarnya turut berpeluang untuk mengawal DJI Spark hanya menggunakan smartphone anda sahaja. Jimat ruang beg anda sekiranya ingin menggunanya sewaktu travel.

Screen_Shot_2017-12-28_at_6_37_33_PM

Khas buat anda yang berminat untuk mencuba bermain dron, DJI Spark merupakan dron permulaan yang terbaik anda boleh dapatkan. Ketika ini, Lazada turut menawarkan DJI Spark Alpine White yang turut disertakan dengan waranti sehingga 18 bulan. Anda boleh dapatkannya di sini dengan diskaun sehingga 22%.

Tonton video review DJI Spark dibawah untuk mengetahui bagaimana anda dapat mengawal sebuah dron seperti seorang Jedi.