Format bila pelanggan beli produk dengan kita.

Apa yang saya belajar dengan School Of Franchise: Accounting for non-accounting.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. RFQ – Request For Quotation

Prospek akan meminta sebutharga (quotation) sama ada melalui panggilan telefon, SMS, Whatsapp, e-mail.

Sebaik-baiknya kita minta hantar melalui email rasmi syarikat.

Cara tak rasmi: “Boleh saya tahu berapa harga?”

2. Quotation (Sebutharga)

Syarikat akan memberikan sebutharga kepada prospek.

Perbincangan mengenai harga, cara mengurus dan sebagainya dibuat di sini.

Cara tak rasmi : “Harga satu botol RM12 puan.”

3. Purchase Order (PO)

Setelah prospek bersetuju dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan, syarikat akan mengeluarkan PO.

Jika deposit/ bayaran penuh diperlukan, maka syarikat perlu membayar, seterusnya resit akan dikeluarkan.

Cara tak rasmi: “Kalau macam tu, saya nak order 12 botol.”

4. Job Order (JO)

Syarikat akan mengeluarkan JO untuk diberikan kepada bahagian kilang/ pengedaran. JO hanya untuk edaran dalaman (internal) sahaja.

Cara tak rasmi:”Eh Ahmad, awak bungkus 12 botol ni. Masuk dalam sampul Pos Laju, hantar ke Penang.”

5. Delivery Order (DO)

Produk dihantar, tanpa dinyatakan harga, cuma kuantiti sahaja. Ini dapat mengelakkan harga diketahui oleh si penghantar barang.

Bila produk sampai, tugas pelanggan untuk memastikan kuantiti sama seperti yang dinyatakan pada DO.

Cara tak rasmi: “Puan, kita dah hantar Pos Laju ye. Sila semak kuantiti bila sampai. Saya hantar gambar slip Pos Laju ni.”

6. Invoice (Invois)

Invois dikeluarkan untuk selepas DO. Maklumat pembayaran diberikan kepada pelanggan.

Pelanggan akan membuat pembayaran, disertakan bank in slip, cek sebagai bukti pembayaran.

Jika pembayaran sudah dibuat, hanya resit rasmi dikeluarkan.

7. Official Receipt (Resit Rasmi)

Selepas pembayaran diterima, resit rasmi dikeluarkan kepada pelanggan menunjukkan syarikat sudah menerima pembayaran.

Cara tak rasmi: “Puan, resit kami sudah sertakan bersama-sama produk ya.”

Sekian transaksi jual beli tamat.

Sebarang kekurangan boleh komen ye.

Boleh share jika bermanfaat.

BACA: 10 Dokumentari Bisnes Yang Patut Di Tonton Usahawan