Kecoh sekitar dua bulan lalu apabila presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Huawei selaku syarikat dari China disekat daripada berurusniaga di Amerika Syarikat. Impaknya, Huawei yang menggunakan sistem operasi Android turut disekat pada model-model akan datang.

Pengumuman yang dibuat ini bukan sahaja menjejas Huawei, malah turut memberi kesan kepada penjual telefon pintar jenama tersebut serta penggunanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Donald Trump, Xi Jinping
Sumber: Time Magazine

Selepas beberapa bulan ‘perang dagang’ berlangsung, Donald Trump berjaya mencapai kata sepakat bersama presiden China, Xi Jinpang dimana Huawei diberi peluang untuk berdagang semula di Amerika Syarikat selaku mana produk yang dikeluarkan tidak memberi kesan kepada sekuriti negara tersebut.

Sebelum ini, Amerika Syarikat telah menghalang Huawei buat sementara waktu diatas tuduhan produk Huawei mampu mengintip sekuriti negara berkenaan.

Baca lagi: DirectD Janjikan Pulangan Wang 100% Sekiranya Huawei Gagal Mengakses Play Store

Sumber