Mula disebutkan sejak pada tahun lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, pelan untuk menjayakan syarikat kereta nasional ketiga ini nampaknya semakin dekat melalui kerjasama yang dilakukan.

Berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada hari ini, syarikat ini bakal bekerjasama bersama dua syarikat dari Jepun iaitu DreamEDGE Sdn Bhd serta Daihatsu Motors.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →
20190809-miti-dreamedge-national-car

Sumber: Soyacincau

Seperti yang diumumkan sebelum ini, syarikat kereta nasional ketiga ini bakal dibangunkan secara persendirian tanpa dibiayai oleh pihak kerajaan. Teknologi terbaru, rekaan yang moden serta harga mampu milik difahamkan antara yang menjadi sasaran syarikat ini buat para pengguna.

Setakat ini masih belum dipastikan, bagaimana konsep yang bakal ditampil dan adakah kereta elektrik antara yang bakal ditampilkan bagi jenama ini. Sama-sama kita nantikan inovasi terbaru yang bakal ditawarkan menjelang 2021.

Baca lagi: Elenvi Otomotif Bakal Hasilkan Kereta Elektrik Dengan Dana RM5 Bilion

Anda Mungkin Suka