Nampaknya acara E-Sukan semakin mendapat tempat dikalangan orang ramai. Penawaran game yang pelbagai serta pertambahan ahli yang berminat antara yang membuatkan industri ini semakin rancak.

Melihat kepada perkembangan industri ini, Philippines South East Asian Games Organising Committee (PhilSGOC) telah mengumumkan penawaran medal bakal ditawarkan buat atlet e-sukan sempena Sukan SEA yang bakal berlangsung di Filipina tahun hadapan. Kerjasama E-Sukan ini turut dijayakan oleh Razer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan sebanyak enam medal bakal ditawarkan secara sama rata mengikut kategori konsol, PC serta telefon pintar. Setakat ini, game Mobile Legends: Bang Bang antara yang disahkan bakal tersedia pada Sukan SEA ini. Game-game yang sudah lama tersedia dalam industri E-Sukan seperti Dota 2 dan League of Legends antara yang dijangkakan bakal ditawarkan.

Melalui penawaran medal pada Sukan SEA 2019, pastinya ini merupakan langkah awal buat industri E-Sukan sebelum disahkan sebagai sukan rasmi menjelang Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris.

Baca lagi: CEO Razer Sedia Melabur RM10 Juta Dalam Industri E-Sukan Malaysia