Pada penghujung minggu lalu, sebuah berita hangat telah mencuri perhatian ramai apabila Bank Silicon Valley (SVB) yang menjadi pusat pembangunan sejumlah syarikat teknologi mengalami kejatuhan. Insiden ini sekaligus menjadi antara kegagalan terbesar di Amerika Syarikat yang melibatkan bank.

Bank ini mengalami kejatuhan disebabkan oleh peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat yang membawa kepada nilai bon-bon simpanan yang dipegang bank menjadi lebih rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: PanamericanWorld

Ditambah pula dengan kesan ekonomi, kadar duit masuk menjadi perlahan dan juga pengguna perkhidmatan bank itu mulai mengeluarkan duit pada setiap hari. Perkara ini menjadi parah lagi apabila beberapa syarikat teknologi dikatakan menerima arahan daripada pelabur mereka untuk memindahkan wang dari bank tersebut ke tempat lain.

Hal ini sekaligus membuatkan dana pada bank tersebut lebih terjejas. Disebabkan oleh kejatuhan ini, kini bank tersebut diletakkan dibawah FDIC (Federal Deposit Insurance Corp).

Perkara ini telah meresahkan banyak pihak kerana bakal memberi kesan kepada sektor teknologi negara itu di samping berpotensi untuk membunuh syarikat-syarikat teknologi gergasi dalam jangka masa panjang. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kerajaan UK sedia menawarkan talian hayat kewangan untuk menampung kelangsungan perniagaan teknologi di negara itu.

Kerajaan UK bertungkus-lumus untuk menjual aset SVB dalam masa yang sama menyediakan beberapa pelan perlindungan buat syarikat-syarikat teknologi dan start-up di negara itu. Ini termasuklah para deposit yang diinsurankan pada nilai sehingga $250,000 (~RM1.12 juta) akan boleh akses kembali ke wang mereka bermula hari ini.

Di samping itu, pengawal selia turut menawarkan kemudahan pinjaman kecemasan berjumlah RM112 bilion untuk bank-bank Amerika yang lain dalam memberikan sokongan kepada pemberi pinjaman yang memerlukan wang tunai segera kerana ketidakstabilan pasaran.

Bantuan ini juga merangkumi pembayaran gaji kepada tenaga kerja pada bulan depan lebih-lebih lagi untuk start-up kecil yang terkesan akibat daripada kejatuhan SVB. Difahamkan lebih 500 syarikat memohon pengeluaran berbilion ringgit kepada SVB dan pihak FDIC hanya memberikan keutamaan berkaitan pembayaran gaji buat masa ini.

Sumber