Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sekitar minggu lalu, butik pakaian Hennes & Mauritz atau lebih dikenali sebagai H&M menjadi perbualan hangat oleh netizen China selepas jenama itu diboikot kerana enggan menerima bekalan kapas yang dihasilkan oleh buruh paksa Muslim Uighur di Xinjiang.

Dalam perkembangan terbaharu, The Edge Markets melaporkan bahawa lokasi bagi butik H&M di China mula dipadam dan tidak boleh dicari menerusi aplikasi Apple Maps dan Baidu Maps berikutan isu pembelaan buruh paksa Muslim Uighur berkenaan.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →
Image: This photo taken on October 23, 2010 sho

Sumber: Getty Images

Kenyataan itu turut disokong oleh seorang pengguna Twitter di Beijing yang mengirimkan ciapan dengan kapsyen bahawa carian butik H&M di China kini sudah dipadam. Walau bagaimanapun, butik pakaian itu masih boleh dicari di Google Maps menerusi carian rahsia dan peribadi.

Difahamkan, Apple memperolehi data carian peta di China menerusi sumber AutoNavi Software.Co milik Alibaba Group Holding Ltd manakala sumber carian di Baidu Maps dibangunkan sendiri oleh Baidu Inc. Bukan sahaja dipadam menerusi carian lokasi menerusi aplikasi peta malah H&M juga telah dikeluarkan daripada senarai kedai atas talian dalam aplikasi milik Alibaba.

Isu carian lokasi H&M ini mungkin nampak remeh tetapi apabila carian lokasinya tidak dapat ditemui di aplikasi peta, sedikit sebanyak ia akan menyebabkan penggemar H&M di China mula melupakan jenama ini sekaligus menyumbang kepada kerugian yang besar buat penjualan pakaian H&M.

Walau bagaimanapun, carian bagi pesaing perniagaan bagi H&M seperti butik Uniqlo dan Nike masih boleh dicari dan ditemui menerusi Apple Maps dan Baidu Maps. Dalam pada itu, H&M menerusi satu video di YouTube telah melancarkan koleksi pakaian musim bunga yang diperbuat daripada sisa tanaman, pakaian cotton yang dikitar semula dan organik linen untuk kelestarian alam sekitar.

Sebelum ini penjualan pakaian H&M dan Nike diboikot di China. Baca lagi pada pautan di bawah.

Tolak Penggunaan Kapas Hasil ‘Buruh Paksa’ Muslim Uighur, China Pilih Untuk Boikot Nike Dan H&M

Kontroversi Muslim Uighur Antara Sebab adidas Mahu ‘Buang’ Mesut Ozil

Kerajaan China ‘Jual’ Kaum Muslim Uighur, Dihantar Jadi Buruh Paksa Untuk Jenama Besar

Anda Mungkin Suka