Tempoh perjalanan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berkurangan menjadi 4 jam 45 minit sahaja apabila Keretapi Tanah Melayu (KTMB) mula menggunakan koc baharu dari China pada tahun depan.

Pengurus Kanannya, Noordin Kimi berkata, sejak dilancarkan pada 11 Julai lalu, tempoh perjalanan menaiki ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar memakan masa selama 5 jam 30 minit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
temp
Utusan

“Dengan jaminan perjalanan yang lebih pantas dan selamat ini telah menyebabkan penumpang ETS sejak dilancarkan kini menjangkau sehingga 65,000 orang,” katanya selepas menghadiri majlis Taklimat ‘Perlis Dekat Jer’ Bersama Media dan Penggiat Industri Pelancongan dengan kerjasama KTMB di Hotel Seri Malaysia di sini hari ini.

Perasmian acara itu dilakukan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab. Yang turut hadir Pengarah Tourism Malaysia Perlis, Razaidi Abd. Rahim dan Presiden KTMB, Lt. Kol. (B) Sarbini Tijan.

Noordin berkata, dengan sambutan hebat ini juga menyebabkan orang ramai terpaksa membuat tempahan tiket sebulan sebelum tarikh perjalanan yang dirancangkan dari laluan Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar-Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dengan koc baharu itu kelak, pihaknya bercadang menambah kekerapan laluan sekarang yang cuma sekali sehari.

“Jumlah pengguna ETS laluan Ipoh-Kuala Kumpur sekarang mencecah 4,000 orang sehari dan KTMB jangka meningkat kepada 6,000 orang sehari pada akhir tahun ini apabila ditambah koc baharu,” katanya.

Noordin berkata, pihaknya juga turut memperluaskan perkhidmatan ETS dari Gemas ke Padang Besar pada 10 Oktober lalu.

Selain itu KTMB juga, jelas beliau, turut melancarkan perkhidmatan Ekspres Peninsular dari Johor Bahru ke Hatnyai pada 1 Oktober lalu.

Perkhidmatan Ekspres Peninsular itu juga, kata Noordin, diperkenalkan dalam usaha menarik perhatian pelancong dari Singapura dan Batam, Indonesia untuk melancong di Malaysia dengan menggunakan perkhidmatan kereta api.

Beliau berkata, pihaknya turut menggalakkan pelancong dari Batam menggunakan feri dari pelabuhan di Tanjung Pinang terus ke pelabuhan di Johor Bahru sebelum menaiki kereta api.

Menurut Noordin, untuk menambahkan kegembiraan pelancong Singapura dan Indonesia juga, KTMB mempelawa percutian ini diadakan secara berkumpulan memandangkan pengurusan perkhidmatan kereta api itu menyediakan koc acara supaya perjalanan selama 14 jam itu dipenuhkan dengan pelbagai aktiviti.

BACA: Gadis Ini Berkongsi Itinerari Lengkap Travel Dengan Keretapi Dari Malaysia Ke Chiang Mai

BACA: Travel 6 Hari Di Pulau Pinang Dan Bangkok Dengan Bajet RM500

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber