Setiap kali travel, mengambil gambar di lokasi yang menjadi ‘landmark’ sesuatu negara menjadi satu aktiviti yang penting. Ia adalah bukti kita telah sampai ke situ. Juga sebagai tanda kenangan bahawa kita pernah berkunjung ke negara tersebut dan berada di monumen ikonik yang menjadi landmark sesuatu negara.

Tapi perkembangan terbaru ini bakal mengecewakan mereka yang suka mengembara.

Bermula minggu depan, Kesatuan EU bakal menguat kuasakan undang-undang yang membolehkan mereka menyaman dan mengambil tindakan undang-undang ke atas individu yang memuat naik ke laman sosial gambar yang berlatar belakangkan monumen ikonik dari negara kesatuan tersebut.

selfie-1

Tinggal kenangan. Jika undang-undang baru EU ini diluluskan di Brussels, gambar selfie anda mungkin boleh buat anda kena saman dan dikenakan tindakan undang-undang.

Dari kajian yang telah dijalankan, kegilaan ber-selfie di lokasi monumen ikonik meningkat dengan mendadak. Dianggarkan lebih sejuta gambar selfie bersama monumen bersejarah dimuat naik di media sosial setiap hari dari seluruh dunia.

Jika undang-undang ini berjaya dikuat kuasakan, pengguna sosial media seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang telah memuat naik gambar selfie mereka bersama Eiffel Tower (contohnya) berisiko untuk dikenakan tindakan undang-undang oleh negara terbabit.

Meskipun undang-undang ini pada asalnya ingin dikuat kuasakan ke atas jurugambar komersial, terdapat kebimbangan undang-undang ini turut berisiko dikenakan kepada mereka yang sedang melancong.

selfie-2

Fotografer mungkin perlu menghitamkan bangunan ikonik yang terdapat dalam gambar percutian mereka bagi mengelakkan perlanggaran hak cipta.

Peningkatan penggunaan media sosial pada ketika ini menyebabkan mereka yang sedang travel gemar memuat naik gambar gambar percutian mereka, menjadikan ia sama penting dengan merasai suasana percutian itu sendiri.

Menurut Attraction Tix (satu laman web yang berkongsi lokasi tumpuan pelancongan) yang melakukan analisa berdasarkan monumen tarikan pelancong, perkataan yang paling banyak disebut bersama perkataan selfie di media sosial adalah Eiffel Tower.

Ini menjadikan Eiffel Tower sebagai lokasi paling diminati untuk ber-selfie, mengatasi popularity Disney World di Orlando, Florida dan bangunan tertinggi di dunia – Burj Khalifa di Dubai.

Big Ben di London menduduki tangga ke 4, di ikuti Empire State Building di New York, ikonik Gaudi iaitu gereja Sagrada Familia di Barcelona dan Disneyland Paris.

Colosseum di Rome, Rockefeller Centre di New York dan London Bridge turut berada dalam carta ‘top 10’ lokasi kegemaran untuk selfie.

selfie-7

UK dan negara Eropah lain termasuk Spanyol dan Jerman pada ketika ini dilindungi di bawah akta hak cipta ‘freedom of panorama provision’ yang membenarkan orang ramai menerbitkan atau mencetak gambar fotografi bangunan moden dan ‘public arts’ tanpa dikenakan tindakan atau dakwaan melanggar hak cipta.

Jika undang-undang ini diluluskan di Brussels nanti, orang ramai hanya akan dibenarkan memuat naik gambar mereka bersama ‘tourist spot monument’ selepas menerima kebenaran daripada pihak yang memiliki hak cipta bagi lokasi tersebut.

Atau jika ianya dimuat naik tanpa kelulusan, fotografer terbabit hanya boleh memuat naik gambar Eiffel Tower (sebagai contoh) yang telah dihitamkan bagi mengelak perlanggaran hak cipta milik arkitek persendirian atau ahli seni yang terlibat.

selfie-3

Dengan meningkatnya bilangan lokasi tumpuan pelancong yang kini mengharamkan penggunaan selfie stick, Disneyland merupakan yang terkini mengumumkan pengharaman penuh penggunaan selfie stick yang berkuat kuasa mulai 30 Jun 2015.

Berikutan pengumuman oleh Disneyland ini, selfie stick tidak lagi boleh dibawa masuk ke semua rangkaian taman tema Disneyland, Walt Disney World termasuk di bahagian taman tema air dan lokasi tumpuan perjudian milik Disney.

selfie-4

Berikutan penguat kuasaan undang-undang ini, bahagian roller coaster di Disney California Adventure Park baru-baru ini telah menghentikan operasi mereka selama 1 jam apabila salah seorang pengunjung didapati membawa selfie stick.

The Palace of Versailes dan Britain’s National Gallery juga telah mengharamkan selfie stick baru-baru ini dengan alasan mereka perlu melindungi hasil seni dan para pengunjung lain.

Meskipun Kesatuan Eropah berkata penggubalan undang-undang ini lebih tertumpu kepada fotografer komersial, terdapat kebimbangan di kalangan pelancong awam jika mereka akan turut didakwa dan didenda oleh ‘Polis Facebook’ yang menggeledah dan menyiasat laman sosial tersebut bagi mencari mereka yang memuat naik gambar selfie.

Wikipedia yang merupakan ensiklopedia online telah mengumumkan pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan penguatkuasaan undang-undang ini. Baru-baru ini mereka telah mengumumkan untuk memuat naik gambar pengguna di lokasi popular seperti The Louvre di laman web mereka sebagai bantahan dan bagi menggambarkan cadangan pelaksaan undang-undang yang tidak masuk akal.

selfie-5

Menurut Amadeus IT Holdings, pakar sistem booking telah mengeluarkan laporan yang menunjukkan kebanyakan traveller merancang trip mereka dengan tujuan untuk menambah jumlah pengikut dan merekodkan gambar trip mereka secara digital di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain media sosial.

Destinasi yang selama ini kurang diminati dan dianggap berisiko juga boleh menjadi destinasi popular apabila dimuat naik dan didokumentasikan secara digital. Secara tidak langsung ia juga membuatkan seseorang berasa seperti ‘rock star’ selepas kembali dari kembara mengelilingi dunia.

selfie-6

Tembok Besar China, tapi mungkin terpaksa di hitamkan bangunan di belakang bagi mengelak dari kena saman.

Tetapi penalti dan denda dari perlanggaran hak cipta ini adalah berat.

Di Peranchis, adalah menjadi satu kesalahan untuk memuat naik gambar Eiffel Tower yang dirakam pada waktu malam. Kebenaran hendaklah diperolehi daripada syarikat yang menjalankan operasi di Eiffer Tower iaitu Société d’Exploitation de la Tour Eiffel (SETE), yang memegang hak cipta tersebut pada ketika ini.

Menurut salah seorang peguam mereka, SETE berhak untuk menyaman dan mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang memuat naik gambar pemandangan Eiffel Tower pada waktu malam di Instagram, jika SETE mendapati individu terbabit telah menerbit atau mengeluarkan gambar tersebut bagi tujuan komersial tanpa kebenaran dari mereka.

Sumber: Daily Mail UK

Apa pandangan anda tentang pelaksanaan undang-undang ini? Jika benar ia berjaya dilaksanakan, ia adalah sesuatu yang amat mengecewakan. Hakikatnya memuat naik gambar percutian di media sosial merupakan promosi percuma kepada lokasi dan negara terbabit.

Bagi para traveler pula, ia pastinya membataskan mereka dari berkongsi kisah travel mereka di media sosial. Apalah maknanya bercerita kisah travel tanpa gambar. Macam ada yang kurang pula.

BACA: 9 App Percuma Ini Boleh Bantu Anda Travel Dengan Lebih Mudah

BACA juga: 15 Tips Berjimat Agar Dapat Travel Keliling Dunia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram