Kecoh pada minggu lalu apabila terdapat sebuah laporan daripada Code Blue memaklumkan vaksin AstraZeneca yang ditawarkan di Malaysia tidak diiktiraf oleh EU Digital COVID Certificate. Laporan tersebut sekaligus menimbulkan kerisauan buat rakyat Malaysia yang berhajat untuk ke Eropah kelak.

Terbaharu, Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dalam sebuah kenyataan terbaru berkata tiada halangan atau sekatan buat penerima vaksin AstraZeneca di Malaysia memasuki Eropah sekaligus membidas laporan sebelum ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
GERMANY-HEALTH-VIRUS-VACCINATION
Sumber: Getty Images

“Kemasukan ke EU secara prinsipal dibenarkan bagi individu yang telah melengkapkan vaksinasi dengan vaksin yang diluluskan EU, termasuk vaksin yang dikeluarkan di fasiliti-fasiliti bukan bawah kebenaran pemasaran EU,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, sijil digital atau vaccine passport yang bakal dikeluarkan hanya sebagai alat untuk membantu proses perjalanan di negara-negara Eropah dan bukannya sebagai prasyarat wajib kemasukan. Selain itu, syarat kemasukan di negara-negara Eropah hanya ditentukan oleh negara tersebut.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke negara dalam EU perlu menyemak SOP dan dokumentasi sebelum sesebuah negara berikutan syarat-syarat kemasukan yang turut berubah mengikut situasi semasa disebabkan isu pandemik.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu yang tular selepas terdapat dakwaan penerima AstraZeneca di Malaysia tidak diiktiraf oleh EU Vaccine Passport.

Vaksin AstraZeneca Yang Diberi Kepada Malaysia Didakwa Tidak Diiktiraf Oleh EU ‘Vaccine Passport’

Mahu Kurangkan Penularan COVID-19, Media Prima Jayakan Program Vaksinasi Kepada 1,500 Kakitangan

Ribuan Orang Di India Disuntik Dengan Vaksin COVID-19 Palsu Berisi Air Garam

Sumber