‘Welcome to the future of Facebook’. Mungkin itu kata-kata yang Mark Zuckerberg mahu buktikan pada seluruh pengguna Facebook. Bukan sekadar laman sosial, Mark Zuckerberg bakal sediakan AI dengan sokongan ‘telepathy’.

Berdasarkan temuramah terbaru Mark Zuckerberg bersama Jerry Seinfield pada sesi Q&A with Mark baru-baru ini, Mark nampaknya serius untuk menyediakan sebuah AI yang bakal mempengaruhi pengguna Facebook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

the_future_of_facebook_is_telepathy

Kami sedang bangunkan sebuah AI dimana bakal menguasai bahasa dan pendapat manusia melalui kajian daripada penggunaan manusia melalui Facebook

Selain untuk memaparkan fungsi Facebook Live, Mark Zuckerberg mengulas dengan lebih lanjut tentang fungsi terbaru ini dimana Facebook bakal mengetahui dengan lebih mendalam tentang apa yang selalu anda fikirkan atau perasaan anda untuk dikongsikan kepada rakan-rakan anda.

Fungsi terbaru yang diumumkan Mark Zuckerberg ini tidak akan berada pada masa terdekat ini namun Pihak Facebook bakal meneruskan kajian terhadap AI terbaru mereka. Dijangka kajian tentang ‘telepathy’ yang dibangunkan Facebook bakal melibatkan segala perbualan anda di Messenger termasuk private message. Kami tidak pasti kajian terbaru Facebook ini patut diklasifikasikan sebagai futuristik atau ‘creepy’.

Sumber