Facebook telah menutup satu kumpulan dengan nama Koleksi Mak Buyung yang berasal dari Malaysia. Siasatan dalaman mendapati bahawa kumpulan yang disertai oleh 5,000 ahli tersebut berkongsi puluhan gambar wanita hamil yang tidak ditapis sehingga digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.

Menurut laporan berita Vice World News, kumpulan Facebook tersebut diuruskan oleh enam pentadbir dan kebanyakan ahli mereka adalah lelaki tempatan yang mempunyai imaginasi seksual dengan perempuan yang mengandung. Komen berbentuk seksual juga turut berlaku pada gambar wanita hamil yang diambil ketika mereka bertudung dan berada di tempat awam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara komen yang dicatatkan adalah sebahagian lelaki turut menggalakkan lelaki lain untuk ‘mencabul’ wanita hamil dengan alasan bahawa lelaki juga mempunyai keinginan seksual. Seorang lelaki dengan gambar profilnya bersama anak turut akui bahawa dia menggunakan gambar tersebut sebagai ‘bahan’ imaginasinya. Terdapat juga komen jijik dari lelaki dengan gambar profilnya memakai pakaian keagamaan bersama pasangan wanita yang ‘menghalalkan’ perkara kotor tersebut.

Tambah laporan itu lagi, seorang jurucakap Facebook berkata bahawa menerusi semakan yang dibuat dan siasatan yang dijalankan. Facebook mendapati bahawa kumpulan itu telah melanggar etika yang ditetapkan oleh platform media sosial dan pihak Facebook telah menutup kumpulan Koleksi Mak Buyung. Mereka juga akui bahawa penderaan dan gangguan sering berlaku terhadap wanita di dalam talian dan mereka serius untuk memastikan keselamatan kaum hawa terus dijaga.

Aktiviti tidak bermoral sebahagian lelaki di Malaysia dalam kumpulan Koleksi Mak Buyung terbongkar apabila aktivis remaja Malaysia, Ain Husniza Saiful Nizam berkongsi tangkap layar perbualan lucah yang terjadi sesama ahli kumpulan tersebut. Dia yang pernah tular selepas membongkar lawak lucah seorang guru lelaki di sekolahnya mengkritik keras kewujudan kumpulan ini.

Panggil rakan sekerja ‘sayang’ dan anda mungkin boleh dikenakan tindakan. Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan di bawah.

Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Dan Anda Mungkin Boleh Dikenakan Tindakan

Gadis Ini Kongsi Pengalaman Selamatkan Mangsa Gangguan Seksual Di Dalam Tren

Sementara Kita Kurang Ambil Perhatian, Lelaki Ini Dedahkan Bahaya Pedophilia Kepada Masyarakat