Berjaya muncul sebagai negara Asia terawal menghalalkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan, Thailand nampaknya tidak menunggu lama untuk menganjurkan festival ganja pertama di dunia pada tahun hadapan.

Difahamkan festival ganja ini bakal menjadi platform buat orang ramai membicangkan kebaikan marijuana serta mempromosikan kualiti ganja keluaran mereka kepada orang ramai. Festival ini bakal turut meliputi perbincangan akdemik, inovasi ganja, bisnes, rekabentuk produk serta festival muzik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
F901CABA-D5AE-4FFA-A32C-C6685BB74EE9_cx0_cy0_cw91_w1200_r1_s
Sumber: VOA Indonesia

Berdasarkan cadangan, festival ini bakal diadakan di Mukdahan, Thailand. Setakat ini beberapa pertubuhan telah mendaftar diri untuk menjayakan festival yang bakal dibuat pada 29 Januari sehingga 2 Februari 2020 ini.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kebaikan ganja atau bagaimana tumbuhan ini mampu menjana bisnes, mungkin festival ganja ini bakal menjadi permulaan buat anda.

Selain daripada menghalalkan penggunaan ganja untuk tujuan kesihatan, Thailand turut menawarkan jurusan berkaitan ganja di universiti. Klik pautan dibawah untuk bacaan lanjut.

Thailand Muncul Negara Pertama Di Asia Halalkan Penggunaan Ganja

Universiti Di Thailand Ini Tawarkan Jurusan Berkaitan Ilmu Ganja

Coca-Cola Cadang Untuk Hasilkan Minuman Berperisa Ganja

Sumber