Balik dari menonton filem, macam biasa aku dan kawan akan bincangkan benda yang sama.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Kenapa jalan cerita kena menjadi sekian dan bukan seperti yang demikian. Macam semalam, kami tengok genre kesukaan muda-mudi, cerita cinta romantik ‘Me Before You‘.

me-before-you-3

Jalan cerita kisah ini sebenarnya tak lah terlalu susah. Kisah seorang lelaki kaya yang lumpuh, Will dan seorang perempuan yang tak ada hala tuju dalam hidup, Clark yang mahu bekerja sebagai penjaga lelaki tersebut untuk dapatkan bayaran yang lumayan.

Akhirnya macam biasalah, jatuh cinta. Dan macam biasa juga, cerita macam ni mestilah kan difikir orang sebagai cerita cinta yang cliché, cerita cinta membazir masa dan duit semata.

Namun sebenarnya, jika difikir lebih mendalam untuk genre cerita sebegini, mesej yang diberikan juga tak kurang powernya. Walaupun berselang-seli orang dalam panggung bunyi menangis beria-ria.

Cerita ini menjadi berharga untuk plot di pengakhiran cerita. Cerita barat kebanyakannya lebih berani dalam menjadikan jalan ceritanya, bukan pengakhiran yang gembira semata-mata.

me-before-you-1

Dan realitinya, itulah kehidupan, ia bukan soal gembira dan bahagia semata. Spoiler alert: di pengakhiran cerita, Will sebenarnya telah lebih awal menandatangani perjanjian untuk mati dengan cara Dignitas, suatu organisasi yang dibayar bagi membolehkan individu untuk mati dengan cara yang mereka ingini.

Ironinya juga walaupun ingin mati, lelaki tersebut telah berjaya meninggalkan kesan yang mendalam kepada watak perempuan, Clark.

Pesannya, “you only get one life. It’s actually your duty to live it as fully as possible”. Memandangkan perempuan tersebut tiada kesungguhan dalam hidup, menikmati hidup yang hanya sekadar hidup. Cari rezeki, pasangan dan begitulah kitarannya.

Dan seperti kata member aku, sebenarnya watak Clark itu ada dalam kebanyakan kita. Yang hidup dalam comfort zone masing-masing, yang rasa tak perlu pun untuk menikmati hidup dan rasa selesa untuk sekadar ada dan hidup.

Clark jadi tersedar untuk menjadi betul-betul hidup, bilamana dia tengok Will sudah tidak berharapan untuk buat apa yang dia mahu dan inginkan, walaupun dia punya wang dan segala kemudahan.

me-before-you-4

Cerita ini mengingatkan kita, yang keluar dari comfort zone masing-masing itu bukanlah mudah, punyalah payah, sampai kita kena tengok orang yang dah putus asa nak hidup.

Baru kita rasa bersungguh dan yakin nak hidup semahunya, nak capai apa yang kita yakin dan ingin. Ia juga mengingatkan kita yang selagi kita punya peluang untuk benar-benar hidup, benar-benar menjadi manusia, maka buatlah.

Kerana peluang itu bukan selalu ada. Sebab kita pun tak tau tempoh hayat kita ni sampai bila. Namun begitu di sisi lainnya, filem ini juga telah mendapat kritikan yang negatif bilamana sesetengah pihak berpendapat filem ini hanya menggalakkan pandangan bahawa bagi orang kurang upaya lebih baik memilih untuk mati berbanding beruusaha untuk teruskan kehidupan.

Untuk pengakhiran cerita, ayat ini yang diberi oleh Will kepada Clark “Push yourself. Don’t Settle. Just live well. Just LIVE.”

Jika anda mahu menonton sesuatu yang berbeza, yang bermotivasi dan mungkin mampu menjadi pendorong untuk anda keluar dari comfort zone, filem ini adalah diantaranya.

Baca lagi: Marah Pada Tuhan, Lelaki Ini Jejaki Mekah Melalui 9 Negara

Artikel di atas disumbangkan oleh Syarifah Nadiah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group