Selepas pengumuman G-Shock ‘Pure Gold’ minggu lalu, G-Shock mengumumkan pula koleksi edisi khas mereka bersama Gundam bersempena ulang tahun ke-40 franchise robot dari Jepun ini.

4 rekaan akan dihasilkan mewakili model robot Gundam paling popular dalam siri ini. Berikut adalah model G-Shock yang akan mewakili setiap robot Gundam dalam koleksi ini.

Huawei-Nova-7i-price-specs-Revu-Philippines
HYPE
5 Sebab Utama HUAWEI nova 7i Sering Menjadi Rebutan Ramai
Baca lagi →

1. RX-78-2 Gundam G-Shock (GA-110TR-7APRGD)

Harga: 1,390 Yuan/23,000 Yen (~RM836.90)

Gundam 1

2. MS-06S Char’s Zaku II G-Shock (GA-700-4APRGD)

Harga: 1,090 Yuan/18,000 Yen (~RM655.09)

Gundam 2

3. RX-0 Unicorn Gundam G-Shock (GA-110MW-7APRGD)

Harga: 1,090 Yuan/18,000 Yen (~RM655.09)

Gundam 3

4. RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee G-Shock (GAW-100-G-1APRGD)

Harga: 1,090 Yuan/18,000 Yen (~RM655.09)

gundam 4

Untuk model RX-78-2 Gundam, RX-0 Unicorn Gundam, RX-0 Unicorn Gundam 02 Banshee, ianya akan hadir bersama bekas plastik ‘Haro’, maskot terkenal untuk siri Gundam ini. Model MS-06S Char’s Zaku II pula akan hadir bersama bekas berbentuk kepala Zaku II itu sendiri.

Jika kebiasaannya koleksi edisi khas ditempah melalui laman Casio Japan, untuk koleksi ini ianya perlu dibeli melalui laman Taobao.com. Model ini dijangka akan dipasarkan pertengahan tahun ini. Buat peminat tegar Gundam, jangan terlepas peluang untuk mengumpul kesemua model dalam koleksi ini.

Anda Mungkin Suka