Bila saya sedar yang gaji saya kecil, apa yang dibuat (untuk pelaburan hartanah) ialah:

1. Joint venture

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat joint venture dengan kakak untuk beli rumah. Kami kongsi 50-50.

Dokumentasi/ pinjaman / pergi bida (lelong) saya yang urus. Modal setiap seorang keluar RM30k.

2. Buat duit lebih

Saya main kutu dari tahun 2011 dengan kawan pejabat. Saya ambil 2 nama, RM400 sebulan.

Hendak duit lebih saya tolong cuci tandas pejabat setiap hari Sabtu. Kadang-kadang jual suratkhabar lama.

3. Joint Venture gaya lain

Ada juga Joint Venture yang saya buat semua sekali dan funder hanya ambil keuntungan sahaja.

4. EPF

Keluarkan EPF akaun 2, dapatlah dalam RM9200. Masuk lelong 10 peratus deposit RM7200.

Bakinya saya baiki rumah lelong. Bagi sewa dan keuntungan disimpan untuk beli unit lain.

5. Overtime

OT setiap hari sampai pukul 8 malam (masa bujang) untuk dapat duit lebih.

Semua di atas cara saya untuk kumpul deposit dan tambahkan bilangan unit rumah.

Family kaya? Siapa kata? Bapa hanyalah tukang kayu biasa, emak pula tukang cuci sahaja.

Mereka kata

1. Mereka kata: Rumah ini boleh disewakan RM350 untuk 1 rumah, bila saya menang lelong unit ini.

Saya kata: Saya boleh sewakan unit ini 1 rumah RM800 dan lebih. Ya, memang benar sehingga kini penyewa masih lagi menyewa dengan saya walaupun kadarnya jauh lebih tinggi dari apa Mereka Kata.

2. Mereka kata: Gaji bawah RM2000 susah untuk beli rumah.

Saya kata: Masa saya masih lagi bergaji RM700 dan elaun RM120 sudah mula beli rumah dan kereta Kancil.

Gambar di bawah saya cuba untuk jadikan bilik tambahan. Dapatlah lebihan sewa nanti.

Dari fikir apa yang orang kata baik saya usaha dengan unit-unit kecil saya ini. Dapat juga den tambah duit!

Rumah lelong

Saya suka tengok laman web rumah lelong hampir setiap hari. Saya duduk di Gombak jadi bila harga yang dilelong itu murah (sekitar Gombak), saya akan pergi sendiri tengok lokasi rumah.

Saya hanyalah kerani jadi harga yang diburu selalunya bawah RM110k sahaja sebab itu kemampuan setakat ini.

Di luar sana saya tengok banyak betul harga lelong yang menarik. Untuk subsale paling tinggi setakat ini pernah dibeli RM210k sahaja.

Ada juga unit yang saya tengok bawah 30k, 3 bilik pula itu. Kawasan Rawang dan Bukit Beruntung. Kira oklah juga bila disewakan dapatlah juga RM600. Apa lagi Mak-Mak comel sekalian, jomlah rembat 2 ke 3 unit tahun ini.

Duit

Pengurusan kewangan saya yang pertama bermula semasa berumur 9 tahun.

Setiap hari Emak akan bagi duit belanja sekolah RM2 untuk kami berdua (saya dan adik).

RM2 itulah tambang pergi sekolah naik bas, juga duit belanja masa rehat. Waktu rehat adik akan tunggu saya di kantin, tengok apa menu yang sesuai dengan bajet kami hari itu.

Ada juga masanya duit hilang (poket baju sekolah bocor) kami berdua akan jalan kaki dari sekolah (dari Dato’ Keramat ke Taman Keramat).

Emak ketika itu hanya penjual kuih kadang-kadang laku dapatlah lebih. Kalau kurang laku, dapatlah kurang duit belanja sekolah.

Sebab itu sampai sekarang saya sangat berjimat, setiap hari akan tulis perbelanjaan harian.

Senarai perbelanjaan bulanan sudah sedia sebelum gaji masuk lagi. Jimat selagi boleh!

BACA: 7 Trik Menang Rumah Lelong Yang Tetap Menguntungkan