Hampir sebulan selepas pelancaran rasmi, akhirnya Samsung Malaysia pada hari ini mula menawarkan smartphone flagship keluaran terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 8. Penjualan secara rasmi ini dibuat selepas pengguna yang membuat pra tempahan berjaya mendapatkan smartphone ini 3 hari yang lalu.

Dari segi spesifikasi, Samsung Galaxy Note 8 berjaya memberikan spesifikasi antara yang terbaik buat smartphone Android. Penggunaan Snapdragon 835 beserta RAM 6 GB antara yang memastikan smartphone ini mampu menjalankan beberapa aplikasi secara serentak dengan lancar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

galaxy note 8 mula dijual

Sekiranya anda mahukan paparan skrin terbaik yang pernah hadir pada smartphone, Samsung Galaxy Note 8 antara yang perlu anda pertimbangkan dengan penggunaan skrin Super AMOLED. S-Pen dan skrin gergasi masih lagi menjadi unique selling point buat Note 8 dengan penyertaan skrin bersaiz 6.3-inci.

Anda boleh baca ulasan awal Vocket mengenai Samsung Galaxy Note 8 di sini. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Note 8, anda boleh dapatkannya di kedai rasmi Samsung dengan harga RM3,999 bermula hari ini.

Baca lagi: Adakah Berbaloi Mendapatkan Samsung Galaxy Note 8?