Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat di media sosial melibatkan orang ramai yang dikenakan kompaun gara-gara tidak mematuhi SOP. Membuka pelitup muka sewaktu ketiadaan pengunjung di kedai untuk meminum air atau tidak mengimbas MySejahtera antara punca seseorang dikenakan kompaun RM10,000.

Terbaharu, seorang lagi peniaga di Kota Bharu, Kelantan dilaporkan telah dikenakan kompaun di hadapan rumah gara-gara membuka gerai burger melebihi waktu yang ditetapkan. Lebih parah, kompaun yang dikenakan kepada beliau nyata mengejutkan ramai iaitu sebanyak RM50,000.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Difahamkan Kelantan yang kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya dibenarkan untuk membuka kedai sehingga jam 10 malam sahaja. Peniaga ini masih membuka gerai di hadapan rumahnya telah dikenakan kompaun apabila didapati membuka gerai pada jam 11.21 malam.

178012251_1995934837230965_887374365860141071_n

Sumber: Facebook Faisal Burger

Beliau turut mengakui masih membuka kedai pada waktu tersebut berikutan sedang menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang. Tambahnya lagi, meja sudah disimpan sewaktu itu sekaligus mengesahkan tidak menerima pelanggan baharu pada waktu tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, peniaga ini pernah dikenakan kompaun sebelum ini sebanyak RM1,000. Kompaun yang dikenakan pada kali ini dibuat berikutan terdapat pihak yang membuat aduan kepada pihak polis berikutan beliau berniaga melebihi waktu yang ditetapkan.

Isu yang tular ini turut mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud yang mengesahkan kes kompaun berkenaan.

Dimaklumkan RM50,000 tersebut merupakan jumlah maksimum di mana peniaga berkenaan masih berpeluang untuk membuat rayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar jumlah kompaun dikurangkan.

176288016_1995935297230919_6405171056692374501_n

Sumber: Facebook Faisal Burger

Surat saman yang dikongsikan oleh peniaga ini di Facebook nyata menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen melihatkan kepada jumlah kompaun yang dikenakan.

Terdapat juga netizen yang bersetuju pihak yang mengenakan kompaun kepada peniaga ini sekadar menjalankan tugas dan terdapat juga pihak yang tidak bersetuju dengannya. Bagaimana pula pendapat anda mengenai isu ini?

Ketahui lebih lanjut mengapa terdapat perbezaan layanan buat individu yang melanggar SOP menerusi penjelasan peguam ini.

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Bukan Sahaja Kereta Yang Banyak, Jumlah Selipar Bakal Diperiksa Polis Sewaktu Sambutan Aidilfitri

Belum Ada Tindakan Ke Atas Neelofa Dan PU Riz, Pendakwa Raya Kembalikan Kertas Siasatan Kepada Polis

Anda Mungkin Suka