Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana ‘bergurau tidak kena tempat’ mengenai kemelut yang terjadi kini di antara dua negara iaitu Rusia dan Ukraine.

Dalam ciapan yang telah dipadam, Uncle Roger secara berseloroh berkata bahawa dia mahu menambah tarikh baru untuk Jelajah Dunia Haiyaa ke Ukraine.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Ciapan yang dimuat naik pada 24 Februari itu bagaimanapun tidak diterima dengan baik oleh orang ramai dan disambut dengan kemarahan.

Sebahagian menyatakan bahawa Uncle Roger tidak bersimpati dengan apa yang terjadi di Ukraine sehingga sanggup untuk menjadikan isu itu sebagai bahan jenaka.

Ciapan tersebut lalu dipadam oleh Uncle Roger, dia kemudiannya memuat naik satu lagi ciapan yang berkata, “kadang-kadang apa yang lucu dalam kepala anda tidak lucu dalam kehidupan sebenar,” katanya merujuk kepada ciapan yang telah dipadam.

Uncle Roger terus mempertahankan tindakannya dan sehingga kini, tiada satu kenyataan maaf dikeluarkan oleh pihaknya.

Untuk rekod, Uncle Roger bakal melakukan Nigel Ng Haiyaa World Tour bermula February ini sehinggalah September. Ia akan memulakan siri jelajah dunia ke United Kingdom, Amerika Syarikat, Asia dan sekitar Eropah.

Chef Wan buli Uncle Roger dan ajar cara masak dengan betul tanpa guna MSG. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Chef Wan Buli Uncle Roger Dan Ajar Cara Masak Dengan Betul Tanpa Guna MSG

‘Uncle Roger’ Jumpa Hos BBC Selepas Video Reaksi Cara Masak Nasi Tular Seluruh Dunia