Sejak kebelakangan ini saya cuba-cuba cara orang Jepun urus syarikat. Ternyata ada beberapa kelebihan yang diperolehi.

Bukan senang nak ubah cara kita yang telah biasa dengan cara barat. Tetapi mungkin sedikit sebanyak bila kita tahu sedikit ‘style’ orang Jepun, ia dapat memberi idea untuk urus syarikat kita dengan lebih baik.

Tambahan pula dengan ekonomi yang semakin mencabar.

1. Guna konsep harmoni yang digelar ‘Consensus’ untuk buat keputusan.

Bila tiba mama untuk membuat sesebuah keputusan, ia akan dibincangkan bersama-sama keseluruhan organisasi syarikat. Bukan sekadar terletak kepada pihak atasan pengurusan seperti pengurusan barat.

Sehinggalah ada persetujuan semua pihak, barulah keputusan akan dibuat. Dalam perbincangan tersebut, ia dimulakan dengan mengkaji soalan-soalan yang perlu ada.

Bukan fokus dahulu menjawab semua soalan seperti barat.

2. Buat keputusan dengan merujuk kepada soalan yang telah dipilih dan dikaji.

Dalam perbincangan membuat keputusan, ia dimulakan dengan mengkaji soalan-soalan apa yang perlu ada, adakah ia soalan yang betul, dan mengapa ia soalan yang betul, dan barulah dicari akan jawapannya.

Bukan fokus dahulu menjawab semua soalan seperti barat.

3. Serahkan soalan (yang betul) untuk dijawab oleh ‘orang yang betul’.

Mereka akan mula mencari siapa yang paling pakar dan sesuai untuk menjawab soalan terpilih ini.

Biasanya yang berjawatan tinggi. Namun begitu, jawapan mereka itu bukanlah satu jawapan yang memberi kejutan, kerana kebanyakan orang dalam organisasi telah pun menjangkakan jawapannya.

Barat? Mesyuarat demi mesyuarat.

BACA: Batalkan Pembelian Kereta, Bagaimana Layanan Peniaga Jepun Menambah Sebak Di Hatiku

4. Lebih mudah mempengaruhi organisasi

Cara Jepun mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Tetapi apabila keputusan telah diambil, pengurusan Jepun tidak perlu mengambil masa lama untuk mempengaruhi individu-individu lain dalam organisasi untuk bertindak (dengan penuh semangat) untuk mendapatkan hasil.

Pengurusan Barat memang cepat membuat keputusan. Tetapi kemudian, mereka perlu masuk ke dalam satu fasa yang dikenali sebagai ‘fasa menjual idea’ keputusan yang telah dibuat.

Mereka memerlukan masa untuk meyakinkan pegawai, staf sehinggalah kepada kerani.

Fasa mempengaruhi organisasi cara barat adalah lebih lama daripada fasa mempengaruhi organisasi cara Jepun.

5. Lebih cepat mendapatkan hasil

Orang barat faham sangat bila bekerjasama dengan syarikat Jepun ini.

Kebiasaannya, untuk tandatangan perjanjian sahaja mengambil masa 3 tahun! Tetapi bila dah tandatangan, minggu depan dah nak mula!

Mahu terlompat orang barat ni.

6. Ambil kira semua cara alternatif yang ada.

Inilah yang kita katakan berusaha sedaya upaya untuk faham sebenar-benarnya sesebuah masalah itu. Barulah difikirkan bagaimana untuk mencipta hasil akhir yang terbaik.

Ia melibatkan tindakan yang spesifik dengan sikap yang betul, oleh orang yang betul. Orang Jepun amat memahami akan budaya ini.

7. Fokus kepada ‘big picture’.

Mereka fokus kepada keputusan yang membawa kesan yang besar kepada organisasi. Bukan kepada kesan yang kecil.

Bagi orang Jepun, masa adalah segala-galanya. Mereka sedar, dengan terlalu fokus pada ‘small picture’ seperti orang barat, ia akan mengambil masa yang amat lama untuk membina semula negara selepas perang dunia kedua. Budaya ini diteruskan untuk membina ekonomi negara yang lebih kuat.

Contoh, bila syarikat Jepun buat keputusan untuk ‘Joint Venture’, semua individu dalam organisasi tidak mempertikaikan keputusan yang telah dibuat.

Kerana seluruh organisasi telah tahu dari awal, mengapa ia perlu dilakukan, kerana sebelum itu konsep Consensus telah digunakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, dalam ekonomi yang mencabar, lihat kepada ‘big picture’ apa peluang yang masih boleh kita capai. Apa pula cara ‘pertahanan’ yang kita boleh buat untuk terus berada pada fasa ‘survival’ di dalam bisnes.

Kerana setiap keputusan kita itu, akan mempengaruhi setiap punca rezeki, dalam keseluruhan organisasi kita.

BACA: 5 Cabaran Dan 5 Nasihat Bisnes Oleh Usahawan Ramen 100% Halal Di Jepun