Sebuah lagi pembelian saham syarikat automotif buat Geely selepas berjaya menjadi pemegang saham buat Proton dan Volvo. Pada kali ini, Geely Holding Group Co bersetuju untuk melabur sebanyak $9 bilion (~RM35.27 bilion) buat syarikat Daimler AG. Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan kereta Jerman terkenal, Mercedes-Benz.

Nilai $9 bilion yang ditawarkan Geely membolehkan syarikat ini menguasai 9.7% pegangan di dalam syarikat Daimler. Meskipun tidak menjadi pemegang saham majoriti, Geely masih lagi tampil sebagai pemegang peratusan tertinggi berbanding beberapa syarikat lain yang melabur.

Li Shufu, Chairman Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd dan Volvo Cars

Berdasarkan laporan, kerjasama diantara Geely dan Daimler ini dibuat sebagai usaha Geely untuk menguasai teknologi bateri dan kereta elektrik. Termeterainya perjanjian ini bermakna sebuah kilang pembuatan bateri khusus buat kereta elektrik bakal dibangunkan di Wuhan.

Agak menarik untuk menyaksikan bagaimana Geely mampu mengubah industri Mercedes-Benz selepas berjaya memberi impak yang positif buat jualan kenderaan Volvo sejak tiga tahun terakhir ini.

Proton-Preve-3

Kami harap kerjasama Geely dan Proton juga bakal turut memberi impak yang positif dari segi harga, penjualan serta kualiti.

Baca dulu: Geely Beli Proton? Sebelum Marah, Ini Anda Kena Tahu

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group