Kemunculan sejumlah platform chatbot kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, Google Bard telah memperlihatkan betapa pentingnya teknologi AI di dalam kehidupan seharian pada masa kini.

Berdasarkan analisis yang dikeluarkan oleh Goldman Sachs, mereka menjangkakan sebanyak 300 juta pekerjaan di seluruh dunia bakal digantikan oleh AI. Dengan itu, pasaran buruh mungkin akan terjejas dengan ketara.

Baca Juga:

Sumber: dallas morning news

Pakar ekonomi turut meramalkan bahawa 18% kerja berkomputer dan kolar putih boleh menjadi antara yang akan digantikan. Menurut laporan itu, antara yang paling berisiko terjejas adalah profesion pentadbiran dan undang-undang.

Sementara itu, pekerjaan yang memerlukan tenaga buruh secara manual seperti pembinaan dan penyelenggaraan adalah paling kurang berisiko.

Bagaimanapun anda boleh menarik nafas lega kerana difahamkan sistem AI seperti ChatGPT ini juga dapat membantu memudahkan pekerjaan sedia ada dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu mengikut inovasi teknologi.

Sumber