Sejajar dengan pengumuman Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL, Google Malaysia pada hari ini telah melancarkan Google Store khusus buat pasaran Malaysia bagi memudahkan anda mendapatkan barangan keluaran Google.

Berdasarkan tinjauan kami ke laman web Google Store Malaysia, didapati pihak Google Malaysia hanya menawarkan Chromecast dan Chromecast Audio setakat ini. Google juga dilihat menggunakan platform Lazada pada ketika ini bagi menguruskan urusan pembayaran serta penghantaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kami harap pilihan barangan yang tersedia buat Google Store Malaysia juga semakin bertambah dari semasa ke semasa sepertimana Google Store di negara luar. Berikut merupakan senarai produk yang sudahpun ditawarkan Google Store di Amerika Syarikat termasuk Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL buat para pengguna.

Google_Store_US