Jika sebelum ini anda terpaksa membatalkan niat untuk menonton wayang di pawagam berikutan anak anda sering meragam, kini anda boleh menonton wayang dengan tenang tanpa perlu terlepas babak penting dalam filem. Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) telah melancarkan pawagam PlayPlus di IOI Mall, Puchong yang direka khas untuk memenuhi keperluan anak-anak anda.

Tidak seperti pawagam biasa, PlayPlus dapat memberikan keseronokan kepada kanak-kanak dan direka khas dengan fasiliti dan persekitaran mesra keluarga yang lebih luas dan selesa. Malah, kami juga dapat merasai pengalaman menonton filem Captain Marvel di pawagam PlayPlus semasa pelancarannya semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

photo_2019-03-09_23-21-36

photo_2019-03-09_23-21-28

Apa yang kami dapat katakan, pawagam tersebut yang luas memberikan suasana yang berbeza berbanding pawagam yang lain. Tempat duduk yang direka khas seperti Beanbag dan Cuddle Couch akan menjadikan anda lebih selesa untuk menonton wayang.

Selain itu, anak-anak anda juga akan bebas bermain di ruang permainan yang terdapat dalam pawagam tersebut di bahagian bawah skrin dan di belah kanan tempat duduk seperti gelongsor dan lain-lain. Ibu bapa juga tidak perlu risau kerana pencahayaan separa malap ditetapkan akan memudahkan anda memantau anak-anak anda.

photo_2019-03-09_23-21-15

photo_2019-03-09_23-16-07

Bagi anda penggemar minuman Starbucks, GSC kini memberi anda peluang menikmati minuman tersebut ketika menonton filem. Anda boleh beli minuman kegemaran anda di kiosk Starbucks eksklusif di GSC IOI Mall, Puchong sahaja.

Pastinya tidak akan menjadi satu masalah buat anda kelak menonton filem yang berdurasi 2 jam ke atas seperti Avengers: End Game yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Baca lagi: Captain Marvel Kepingan Puzzle Terakhir Sebelum Endgame