Barangan lama atau retro mungkin tiada nilainya jika tiada sisi cool yang terdapat pada sesuatu barangan tersebut. Apatah lagi jika barangan sudah ditelan zaman serta menyukarkan orang ramai. Sudahlah susah untuk digunakan, mendapatkannya juga boleh tahan sukar.

Namun semuanya berubah setelah filem keluaran Marvel iaitu Guardians of the Galaxy berjaya membuatkan memain muzik melalui kaset menggunakan Sony Walkman kelihatan sangat cool dan epik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dikhabarkan dua barangan ini berjaya menerima ‘harga baru’ selepas kehadiran filem Guardians of the Galaxy. Sony Walkman TPS-L2 kegemaran Star-Lord sekaligus berjaya menjadi barangan buruan peminat filem ini di Ebay.

Berdasarkan carian di Ebay, Sony Walkman TPS-L2 kini ditawarkan pada harga $199 (~RM865.05) untuk set yang tidak lagi boleh digunakan manakala set lengkap Walkman ini boleh didapati pada harga $499.99 (~RM2169.95).

Buat sesiapa yang masih menyimpan set Walkman TPS-L2 ini anda pasti tergelak besar seperti Drax saat melihat ‘harga terbaru’ Walkman retro ini. Kami jangkakan Microsoft Zune bakal menimpa ‘nasib’ yang sama apabila Guardians of the Galaxy Vol. 3 ditayangkan pada 2020 nanti. 

Baca lagi: ‘Guardians Of The Galaxy Vol 2’ Filem MCU Paling Lucu Dan Mungkin Terbaik Setakat Ini

Sumber