Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Suzardi Maulan, seorang penasihat kewangan, dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga penulisan ini membantu kita membuat keputusan yang lebih tepat apabila timbul rasa hasad dalam hati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tuan tuan…

Sesungguhnya bermula kejahatan Iblis itu dari sifat hasad. Dengki. Orang Jawa kata envy.

Bila Allah SWT menciptakan datuk kita, Nabi Adam A.S maka semua malaikat sujud menurut perintah Allah, melainkan Iblis. Iblis kata, “Aku ini lebih baik dari Adam. Engkau jadikan aku daripada api sedangkan Adam dari tanah.”

Itulah maksud hasad.

Kita dulu mungkin pelajar paling pintar di sekolah. CGPA 4.0 di universiti.

Tapi hari ini kawan kita yang dapat nombor 30 di kelas dapat PhD dulu. Yang dapat CGPA 2.0 dapat beli BMW dulu. Kita tidak gembira.

Semua orang ada hasad. Termasuk orang agama.

Kita rasa kita dah power. Baca, khatam banyak kitab fiqh. Semua karya imam terdahulu dah kita baca termasuk ringkasannya sekali.

Tetapi orang lain yang dijemput beri ceramah, jadi penasihat Shariah. Kita tidak gembira.

Di mana-mana dapat berlaku hasad. Termasuk ketika menjadi tetamu Allah.

Kita pergi haji pakej. Tak ikut muassasah. Bayar mahal.

Tapi di tanah suci tengok yang pergi muassasah duduk hotel sekali dengan kita. Sakitnya hati tengok rombongan haji ‘murah’ duduk sekali dengan kita.

Dalam bisnes dan pelaburan… tak perlu tulis. Banyak sangat contohnya.

Namun sekiranya apa yang orang lain dapat itu, kita yang dapat, maka kita adalah manusia paling gembira. Tiada status FB yang cukup untuk gambarkan betapa hebatnya diri kita. Yang penting orang lain tak boleh dapat.

Itulah hasad.

Kita rasa kita lebih baik. Lebih layak.

Nabi beritahu, hasad ini merosakkan kebaikan.. seperti api yang membakar kayu bakar.

Charlie Munger, rakan kepada Warren Buffett memberikan nasihat kewangan agar menjauhi sifat hasad, “(Envy) It’s 100% destructive.” Maksudnya nak jadi berjaya dalam hidup, urusan bisnes, urusan pelaburan, jangan ada hasad. Kena buang sifat hasad untuk berjaya dalam urusan duit.

Lagi awal kita buang sifat hasad ini lagi bagus untuk poket kita.

Tak boleh tengok orang lain untung beli saham untung 100%. Tak boleh tengok bisnes orang lain berkembang, dari jual online di rumah dan mampu beli kedai.

Mulalah hati rasa tak senang. Tak boleh tengok orang lain berjaya lebih sedikit dari kita. Tak boleh tengok orang lebih senang dari kita. Sebab kita rasa kita lebih bagus. Sebab kita rasa kita lebih hebat.

Imam Nawawi ketika mengulas hadis berkaitan hasad, dia mengggunakan hadis yang lain. Iaitu…

“Kita semua ada hasad dengkinya. Untuk menjauhi hasad, kita perlu diam dan jangan melakukan apa-apa (untuk khianat).”

Jadi, kita perlu belajar senyap. Tangan tak perlu tulis status bersifat hasad di media sosial, bila nampak benda yang dapat membangkitkan hasad dalam diri.

Kawan tulis dia berjaya dapat kereta idaman dia setelah lama berbisnes…

Ucapkan alhamdulillah.

Senyum.

BACA: Perbezaan Konsep Rezeki Dua Lelaki Yang Wajar Diambil Iktibar


BACA Lagi: Orang Tabligh Tidak Bela Anak Dan Isteri? Ini Jawapan Seorang Tabligh

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram