Nota Editor: Penulisan ini ditulis oleh Tuan Yazid Zul, seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga penulisan ini membuat kita lebih terbuka hati dalam menerima rezeki pemberian Tuhan.


Sumber Imej: PJ Telecommunication

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya renung uncle Cina yang jual handphone tu. Lepas tu saya pandang kiri kanan. Kawasan kedai handphone. Berbelas kedai handphone ada dekat situ.

“Boss. Kedai phone banyak-banyak kat sini, boleh survive ke?”.

Uncle Cina tu senyum sengih-sengih.

“Apa mau takut? Itu rizki Tuhan kasi. Saya takde phone, saya tolak customer pigi kedai depan. Kedai depan takde phone, kedai depan tolak customer datang sini. Apa mau takut? Rizki tuhan kasi.”

Saya diam.

Beberapa hari lepas tu, saya pergi makan di restoren Melayu. Besar ayat Quran tersergam dekat dinding restoren dia.

“Boss. Sekarang dah ada restoren baru dekat depan. Ok tak restoren tu?”

“Orang kata kedai tu ada guna-guna. Guna jin. Pasal tu laris. Kabarnya ada orang dari Darus Syifa’ pergi situ dan taknak masuk pasal nampak restoren tu guna jin. Orang katalah.., ”

Saya diam kejap.

“Pakcik, saya tinggal dekat Darus Syifa’. Rumah saya area situ. Salah faham kot. Takde sape dari Darus Syifa’ cakap macam tu pun. Semua tu fitnah. Besar dosa fitnah orang guna sihir ni pakcik. Wassalam. Baki duit pakcik ambik jelah. Ni last time saya datang.”

*Pakcik Cina tadi lebih faham konsep rezeki.

BACA: Pekedai Perdayakan Pelancong Vietnam Telah Dikenakan Cukup-Cukup Oleh Netizen Singapura

BACA Lagi: Para Peniaga Ini Terus Gigih Mencari Rezeki Meski Pun Musibah Banjir Melanda

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram