Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 secara rasmi semalam. Ketika istiadat angkat sumpah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membawa pen sendiri untuk tanda tangan watikah pelantikan.

Lantaran itu, pengguna Twitter @fakhrifadzli telah berkongsi di Twitter miliknya gambar pen yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurutnya, pen yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bukanlah ‘custom made’ tetapi pen berjenama Artline berharga sekitar RM2.80 di pasaran.

Perkongsian Fakhri telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan mahu membeli pen tersebut serta ada juga yang mengatakan pen ini memang sangat selesa digunakan.

https://twitter.com/AsyilaFrancis/status/1595803186937270273

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mengatakan bahawa pasti pen ini akan habis terjual selepas ini dan hasil tinjauan kami di Shopee, ada beberapa kedai yang menjual pen ini telah habis terjual.