Harley-Davidson yang tampil dengan model motosikal eletrik, pastinya menarik ramai peminat untuk memiliki model motosikal Harley Davidson Livewire. Model ini dikatakan sudah boleh ditempah bermula awal Januari lalu.

Model terbaru ini turut menggunakan  bateri lithium-ion untuk memberi kuasa kepada kelengkapan elektrik lain seperti lampu, butang kawalan, hon dan panel instrumen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi reka bentuk Livewire ini, ianya lebih kepada motosikal biasa dan bukannya seperti cruiser Harley-Davidson yang lain. Motosikal elektrik ini dilengkapi dengan sistem ABS dan Traction Control secara standard, dan mempunyai tujuh mod tunggangan.

2019-Harley-Davidson-Livewire-7-BM 2019-Harley-Davidson-Livewire-4-850×635-BM

Menariknya model ini, ia didatangkan dengan sistem telematik yang dikenali sebagai H-D Connect dimana akan memberikan data yang berkaitan pengecasan bateri, peringatan perkhidmatan dan lain-lain yang berkaitan kepada penggunanya.

Untuk pengetahuan anda, model LiveWire ini dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Ogos tahun ini. Harga yang ditawarkan untuk model ini adalah $30K (~RM123 ribu) yang pastinya lebih mahal daripada model motosikal eletrik yang berada di pasaran ketika ini.

Walaubagaimanapun, harga bagi pasaran Malaysia masih lagi belum diumumkan dan kemungkinan jauh lagi tinggi. Untuk makluman lanjut mengenai model ini, anda boleh layari laman web ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.