Hikmah di sebalik kegagalan. Sejujurnya jika kiriman Salam Perantauan untuk sanak saudara ada keluar di akhbar tempatan, mungkin kisah ini tidak akan keluar di The Vocket.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

3 tahun berturut-turut. Macam-macam akhbar dihantar tak satu pun yang sangkut. Nak juga merasa adik-beradik tolong simpan keratan untuk kenang-kenangan nanti.

Sekurang-kurang ada satu pun jadi lah. Tahun depan dah nak balik. Peluang terakhir.

Dalam melihat newsfeed di Facebook, Salam Perantauan rakan-rakan di sini keluar setiap tahun, ada yang keluar dua-tiga akhbar sekali.

Cemburu lah jugak, tengok gambar-gambar rakan yang cantik sangat bermacam-macam latarbelakang, travel satu Eropah.

Hati memujuk, tunggulah sampai pertengahan raya. Tak juga keluar. Sayunya.

Tiba-tiba terbaca satu artikel dari The Vocket, anak Malaysia jadi Marshal di Anfield Stadium, Liverpool. Ketika itu sedang berlangsung Fifa World Cup di Brazil rasanya.

Itulah titik tolak inspirasi untuk berkongsi apa yang telah berlaku sepanjang hampir 3 tahun di Edinburgh, Scotland.

Mana tahu, bolehlah sanak saudara tumpang gembira tengok gambar-gambar kami sekeluarga di sini.

Beratus memori Facebook hari ini mengingatkan aku apa yang berlaku. Hari ini genap setahun artikel pertama keluar di The Vocket.

Baca kisah aku: Bekerja Sebagai Pencuci Di Scotland, Lelaki Malaysia Ini Menjadi Perhatian Ramai Kerana Lukisannya

Masa itu, aku dan keluarga nak buat passport dan visa di London untuk Ailsa yang baru berumur 2 bulan lebih.

Sempatlah jugak buat pusingan U jalan-jalan belah England, Edinburgh-Carlisle-Manchester-Liverpool-Snowdonia, Wales-Swansea-Cardiff-Stonehenge-London-Newcastle-Edinburgh, semuanya dalam seminggu.

iman-hasbullah-1

Ketika di Malaysian Hall, London sudah ada yang memandang dan senyum-senyum melihat kami sekeluarga sedang makan.

Kami balas senyuman dan tidak terlintas apa yang berlaku. Orang senyum kita balaslah kan. Habis makan, pergi basuh tangan.

Seronoknya dapat beli makanan orang Melayu masak walaupun mahal sikit, tak apa. Hati puas.

Sampai meja semula, isteri beritahu orang sebelah tanya abang tu. Pergi lah sapa diorang. Owh. Ok.

“Iman Hasbullah, tahniah cerita awak tengah viral di Facebook. Bangga dapat jumpa di sini.”

Dalam hati dah ternganga, sampai macam tu kesan artikel di The Vocket. Mereka dengan keluarga yang datang melawat mereka dari Sheffield University.

Lepas tu ditegur pula dengan adik sebelah yang mendengar kami borak. Kebetulan nak habis Degree in Architecture adik tu. Bagilah sikit-sikit tips pengalaman kerja masa di Malaysia dulu.

Dia kata taknak balik nak kerja sini. Ikut suka kau lah adik oii. Abang pun kalau boleh nak jugak hahaha.

iman-hasbullah-3

Pagi tu memang editor yang sangat baik hati Kak Ida Latif ada info akan keluar artikel hari ni. Data internet di telefon dah lama habis, tak tahu apa perkembangan.

Petang itu berpeluang buka Facebook, guna wifi di rumah hos kami di London. Barulah tahu artikel ni dikongsi pelbagai laman media sosial yang lain.

Tak ingat berapa puluh ribu yang like & shared. Sayang tak save masa tu. Tengok butang friend request dah jejak hampir 1k! Panik! Masa tu tak tahu pun ada butang follower yang boleh diaktifkan. Patutlah.

Lepas itu barulah masuk macam-macam peluang dari penerbit TV, publisher buku dan lain-lain.

Alhamdulillah dulu cerita aku jadi inspirasi untuk orang lain. Namun akan sampai suatu masa kita pula perlukan cerita inspirasi dari orang lain untuk maju ke hadapan.

Kena sokong menyokong, buanglah jauh-jauh hasad dengki. Rezeki kau ada, mereka pun sama. Jalannya saja yang berbeza.

Bahan dah ada, cuma nak tekan butang MULA saja. Di mana ada cerita inspirasi, aku sokong kau sepenuh hati.

Baca lagi kisah aku: Daripada Pencuci Ke Pelukis, Karya Iman Dipilih Mewakili Persatuan Terkenal Di Scotland

Artikel di atas disumbangkan oleh Iman Hasbullah. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group