Mulai hilang pada 21 April lalu, kapal selam Indonesia, Kri Nanggala 402 nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda penemuan. Kapal yang memuatkan 53 kru ini nampaknya turut menjadi perhatian ramai selepas dimaklumkan bekalan oksigen yang tersedia dijangka bertahan setakat hari ini.

Di sebalik operasi pencarian yang dilakukan, dimaklumkan terdapat kemungkinan kru kapal selam berkenaan berdepan dengan risiko keracunan karbon monoksida. Insiden blackout kapal Kri Nanggala 402 dilaporkan antara yang menjadi impak kepada daya ketahanan kru berikutan ketiadaan kuasa untuk menggerakkan kipas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
2ADGSJS2Q5I776M75GS6RGNXKQ
Sumber: News Beezer

Difahamkan insiden blackout yang bermula apabila Tentera Indonesia (TNI) mengesan isyarat satu objek dengan kemagnetan tinggi ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kri Nanggala 402 yang hilang di perairan Bali. Isyarat daripada objek tidak dikenal pasti itu dikesan pada kedalaman antara 50 dan 100 meter (m).

Sehingga kini, beberapa negara termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat antara yang turut menyalurkan bantuan dalam operasi mengesan kapal selam terbabit. Semoga terdapat sinar untuk kapal Kri Nanggala 402 beserta kesemua kru dijumpai dalam keadaan yang selamat.

Ketahui lebih lanjut mengenai kehilangan kapal selam Indonesia yang membawa 53 nyawa ini dengan klik pautan di bawah.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kehilangan Kapal Selam Indonesia Yang Membawa 53 Nyawa

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

Geram Toyota Hilux Ikut Belakang, Ambulans Buat ‘Pengumuman’ Minta Polis Tahan Pemandu