1.7K Automotif
April 3, 2021 - 12:31 PM

Nama MILDEF menjadi bualan orang ramai sejak memperkenalkan kereta berperisai mobiliti tinggi buatan tempatan pada awal bulan Februari lalu. Mereka juga telah berjaya melepasi ujian penilai pertama dengan cemerlang pada pertengahan bulan Mac.

Semalam Menteri Kanan Keselamatan dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan kereta berperisai mobiliti tinggi yang diberi nama ‘Tarantula’.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk makluman semua, nama tersebut dipilih kerana ia bersesuaian dengan kemampuan kereta perisai itu beroperasi di pelbagai keadaan dan cuaca.

“Kereta perisai ini telah melalui pelbagai ujian dari pasukan uji Tentera Darat serta Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi, Kementerian Pertahanan.

“Ujian nilai ini termasuk ketahanan di lebuh raya mengenai penggunaan minyak, dan (ujian) off road telah dilaksanakan. Dari segi ujian atas jalan raya selama sembilan hari merangkumi 700 kilometer dan 300 kilometer ujian panduan off road,” jelas beliau.

vocket-mildef-hmav-dikenali-tarantula-1
Sumber Gambar: Facebook Nicole Wong

“Kita belum buat perolehan pembelian dalam negara, kelebihan dari segi penilaian kita akan utama dalam negara.

“Kita (Mindef) belum menerima tawaran pembelian Tarantula. Kita akan jalankan ujian lain (terhadap set itu) yang akan dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia,” katanya lagi.

vocket-mildef-hmav-lepasi-ujian-pusingan-pertama-4
Sumber Gambar: Paultan.org

Pada masa yang sama, Menteri Kanan Pertahanan turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi fokus kepada pembelian produk pertahanan yang dihasilkan oleh anak tempatan.

Jelasnya, ia memberi kelebihan kepada kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar produk pertahanan sekali gus mengurangkan kebergantungan dengan negara luar.

Tarantula telah dibina oleh syarikat Mildef International Technologies, dengan proses penyelidikan dan pembangunan selama empat tahun yang bernilai RM16 juta dan melibatkan 140 orang tenaga kerja.

Pada awal bulan Februari lalu, MILDEF telah menunjukkan kereta berperisai mobiliti tinggi ini kepada awam.

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa

Berjaya Hasilkan Kereta Berperisai, MILDEF Mahu Bina ‘Defence City’ Di Dengkil

MILDEF Berjaya Lepasi Ujian Penilaian Pertama Dengan Cemerlang

Sumber