Tidak jauh di utara Kuala Lumpur, terdapat 5 buah homestay di Selangor yang menawarkan pemandangan sawah padi yang indah.

Dengan hanya perjalanan selama 1 setengah jam, anda sudah boleh menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang hijau dan langit yang membiru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BACA: 8 Resort Tepi Sawah Padi Di Langkawi, Kedah Buat Saya Jatuh Cinta

Alangkah seronoknya memperkenalkan anak-anak dengan unsur-unsur alam.

Mari kita saksikan 5 homestay yang menarik ini:

1. Farm Ville Cafe & Homestay, Sekinchan

Farm Ville Cafe & Homestay menampilkan 10 buah kontena dengan rekaan moden.

Kontena yang telah diubah menjadi bilik yang selesa ini bermula daripada harga RM98 semalam untuk dua orang.

Di bahagian atas, terdapat sebuah dek untuk anda berehat.

Dengan pemandangan sawah padi yang menghijau, anda boleh berehat dengan keluarga tanpa gangguan televisyen dan Wi-Fi.

Antara ciri menarik di homestay ini, terdapat ruangan untuk bermain seperti trampolin dan kawasan putter untuk golf sambil dilatari sawah padi yang luas.

Anda juga boleh menyewa basikal atau kereta kompak untuk bersiar-siar di kawasan bendang atau sekitar kampung.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi 017-206 8666 atau layari laman web Farm Ville.

Lokasi ini terletak di alamat Lot 11304, Kampung Site B Tambahan, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor.

Farm Ville homestay in 8TV

Posted by Farm Ville Cafe & Homestay on Saturday, November 21, 2015

2. Sekinchan Padi Box, Sekinchan

Sekinchan Padi Box baru sahaja dibuka pada bulan Disember tahun lepas.

Homestay ini menampilkan 8 bilik buah kontena berwarna-warni dengan gaya hipster.

Bukan sahaja pemandangan yang cantik, tempat kediamannya juga menarik untuk ber’selfie’.

Antara aktiviti yang anda boleh lakukan termasuklah BBQ, berbasikal dan menangguk ikan di sawah.

Dengan harga bermula daripada RM108 semalam untuk dua orang, pastinya homestay ini memberi pengalaman yang menarik.

Hubungi 019-3205688 atau layari laman Facebook Sekinchan Padi Box untuk maklumat lanjut.

Lokasi ini terletak di alamat Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Sekinchan, Selangor.

3. Homestay Air Manis, Sungai Besar

Puan Norlela Khalidah Darmin melaporkan percutian beliau sekeluarga di Homestay Air Manis yang menarik hati.

Pagi tadi mandi sungai di Janda baik, petang kami dah ada di :Homestay Air Manis di tengah bendangNo 2. jln Parit 6…

Posted by Norlela Khalidah Darmin on Monday, December 21, 2015

Daripada gambar-gambar Puan Norlela jelas terserlah kegembiraan anak-anak menangkap ikan puyu dan bermain dengan padi, satu pengalaman yang tidak mungkin akan didapati di bandar.

Menariknya, di sini terdapat beberapa orang pengusaha berpakat menawarkan homestay mereka bersama-sama.

Terdapat dua buah rumah yang ditawarkan iaitu rumah loteng dan rumah tinggi pada kadar RM120 sehingga RM200.

Hubungi Pengerusi Persatuan Chalet Air Manis 016-6895763 (Subani Marzuki) atau 019-2415735 (Ustaz Wan) untuk maklumat lanjut.

Homestay ini juga dikenali sebagai D’Sawah Bendang Homestay. Layari laman web D’Sawah Bendang Homestay untuk maklumat lanjut.

Homestay ini terletak di No 2, Jalan Parit 6 1/2 Timur, 45300 Sungai Besar, Selangor.

4. D’Bendang Homestay, Tanjong Karang

Penginapan tradisional melayu moden dikelilingi pemandangan sawah padi dilengkapi perkakasan rumah, dapur yang lengkap dan ruang tamu yang luas. Sesuai untuk percutian keluarga. Pakej memancing dan bbq turut disediakan.

Sewaan daripada RM301 semalam.

Hubungi 012-3849671 atau layari Laman Facebook D’Bendang Homestay untuk maklumat lanjut.

Tempahan boleh dibuat melalui Airbnb di sini. Dapatkan diskaun sebanyak RM84 dari Airbnb dengan mendaftar di sini.

Alamat: Jalan Taliair 1, Ban 3, Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor.

5. D’Palong Homestay, Sekinchan

Homestay yang baru 70% siap pada bulan Januari tahun ini memberi pemandangan yang menakjubkan.

Harga sewaan masih belum diketahui.

Untuk maklumat lanjut hubungi 019-2481976 (En. Hassan) atau Puan Normadiah (019-2099132).

Alamat: Tali Air 7, Ban 1, Sungai Leman, 45400 Sekinchan, Selangor.

Selain daripada 5 homestay di atas terdapat beberapa homestay lain menarik perhatian kami seperti Homestay JKKK Haji Dorani Sungai Besar, D’sawah Sekinchan, Homestay Teratak Cikgu Sungai Besar dan Chalet Seri Pagi Tanjong Karang.

Semoga anda teruja dengan tempat-tempat menarik di Selangor ini.

Untuk mengetahui lebih banyak artikel cuti-cuti Malaysia, jangan lupa ikuti Facebook The Vocket.

BACA: 7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai