Umum tahu Huawei kini merupakan pengedar jaringan internet terbesar dunia serta pengeluar telefon pintar kedua terbesar. Disebalik kemajuan jenama ini, kontroversi antara jenama ini bersama syarikat Google melalui sekatan dagangan oleh Amerika Syarikat dikatakan masih belum tamat.

Melalui laporan yang dikeluarkan CNET, Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro yang bakal dilancarkan pada 18 September ini hampir pasti tidak akan menggunakan sistem operasi Android serta servis daripada Google.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hal ini berikutan Amerika Syarikat dibawah pimpinan Donald Trump yang sebelum ini telah meluluskan dagangan bersama Huawei telah melanjutkan tempoh sekatan dagangan Huawei selama 90 hari yang bakal ditamatkan pada 19 November 2019.

huawei-mate-30-leak-camera-1500×1000 (1)
Sumber: Digital Trends

Ketiadaan sistem operasi Android ini mungkin tidak memberi kesan besar buat pengguna di China yang bakal menerima sistem operasi Harmony OS namun bagi pengguna seluruh dunia mungkin akan merasa kesannya.

Setakat ini difahamkan Huawei masih lagi akan meneruskan pelancaran model flagship terbaru mereka meskipun terpaksa melupakan sistem operasi Android. Kemungkinan juga Huawei bakal menawarkan dua model terbaru mereka ini dengan sistem operasi Android selepas tempoh sekatan tamat.

Kami kongsikan apa yang anda boleh jangkakan menerusi model terbaru Huawei yang bakal dilancarkan tidak lama lagi ini. Klik pautan dibawah untuk membacanya.

Huawei Mate 30 Dijangka Hadir Dengan Dua Kamera 40-Megapixel

Huawei Mate 30 Pro Mungkin Dilengkapi Dengan Lebih Daripada Tiga Kamera Belakang