Kim Jong-un dilaporkan telah mengancam untuk memberi hukuman yang berat termasuk penjara dan hukuman mati kepada remaja Korea Utara jika mereka menggunakan bahasa asing atau Korea Selatan. Media pemerintah Korea Utara, Rodong Sinmun dalam sebuah laporan memberitahu para pemuda di Korea Utara untuk menggunakan dialek asal mereka yang “unggul” atau bersedia untuk menghadapi hukuman yang berat.

Larangan penggunaan bahasa asing atau Korea Selatan bahkan telah dimasukkan ke dalam pindaan undang-undang yang sebelum ini turut melarang remaja Korea Utara untuk meniru fesyen dan gaya rambut negara asing. Selain itu, remaja Korea Utara turut diberi amaran agar tidak mengikuti budaya negara jiran, K-pop yang mampu memberi ancaman kepada anak muda.

Yang Moo-Jin, profesor di Universiti Pengajian Korea Utara, mengatakan kepada Korean Herald, “Kim sedar bahawa budaya K-pop atau Barat dengan mudah  mampu masuk ke generasi muda. Dia tahu bahawa aspek budaya ini dapat membebankan sistem. Oleh itu, dengan menghapusnya, Kim berusaha untuk mengelakkan masalah di masa depan,” katanya.

Kim Jong-un sudah lama melarang rakyatnya daripada mengikuti budaya asing, baik dari segi pakaian, gaya rambut, ucapan, dan tingkah laku. Pada bulan Disember lalu, Korea Utara memperkenalkan undang-undang baru di mana sesiapa sahaja yang menonton hiburan dari Korea Selatan akan dihantar ke kem buruh paksa selama 15 tahun. Manakala mereka yang menyeludup muzik atau filem pula akan dikenakan hukuman mati dan mereka yang bercakap, menulis atau menyanyi dengan gaya Korea Selatan akan menghadapi hukuman kerja paksa selama dua tahun.

Kim Jong Un larang pakai seluar jeans ketat, dakwa fesyen mampu jatuhkan rejim komunis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat, Dakwa Fesyen Mampu Jatuhkan Rejim Komunis

Kim Jong Un Dakwa K-Pop Umpama Kanser, Boleh Beri Ancaman Kepada Anak Muda