Selain daripada memiliki jambatan kaca tertinggi dan terpanjang di dunia, China kini sedang merancang untuk membina hutan menegak yang pertama di Asia. Satu idea yang sangat baik dalam memulihkan semula kehijauan yang amat diperlukan. Hutan menegak yang bakal dibina ini berupa bangunan tinggi yang dilitupi pokok dan tumbuhan di tengah-tengah bandar raya.

Jika semuanya berjalan lancar, projek pembinaan hutan menegak ini akan ditempatkan di Nanjing, China dan ia sudahpun mendapat khidmat dari arkitek Itali, Stefano Boeri. Stefano Boeri sebelum ini pernah menghasilkan projek hutan menegak di Itali, iaitu kediaman yang dilitupi 900 pokok dan 2,000 tumbuhan di luarnya.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Untuk rancangan yang bakal dibina di China ini, ia akan terdiri daripada dua bangunan, satu bangunan setinggi 200 meter manakala satu lagi setinggi 108 meter yang akan menempatkan kira-kira 1,000 pokok serta 2,500 tumbuhan pelbagai jenis.

Menurut pihak berkuasa Nanjing, jika menara ini siap dibina kelak, ia akan menghasilkan kira-kira 132 paun oksigen iaitu bersamaan 60kg sehari. Selain daripada itu, bagunan ini turut menempatkan pejabat, kedai dan restoran, sekolah arkitek, kelab di atas bumbung dan hotel Hyatt.

Menara ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2018 nanti, wow! Hanya setahun sahaja lagi.

Kediaman Milan di Itali

Baca juga: Jambatan Kaca Paling Tinggi Dan Terpanjang Di Dunia Kini Dibuka Kepada Umum

  • SUMBER
  • BP

Anda Mungkin Suka