Nota Editor: Artikel ini ditulis oleh Puan Suraya Ali, Pengasas dan CEO Lunatots Butik Bayi dan Penyusuan Susu Ibu. Semoga nota ini membantu ibu-ibu menyusu menghadapi bulan puasa dengan tenang dan lancar.

10 Perkara Ibu Menyusu Mesti Tahu Ketika Bulan Ramadhan

31999920281_50440647e3_b
HYPE
‘Barbie & Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Di Lost World of Tambun
Baca lagi →

1. Berpuasa itu sebenarnya TIDAK akan mengurangkan jumlah susu ibu (volume of milk supply) yang seorang ibu hasilkan. Ironinya, susu tetap berkurang walaupun bukan semasa bulan puasa.

2. Magisnya, komposisi susu ibu itu akan mengikut nutrien dan makanan yang diambil semasa ibu itu berpuasa. Dan semasa berpuasa, secara automatis badan ibu akan membuat perubahan terhadap metabolic adaptions hariannya untuk memastikan produksi susu tidak terganggu.

3. Walau bagaimanapun, ibu tetap perlu mengikuti diet dan tips-tips pemakanan.

4. Seperti makan nasi, ayam, ikan ataupun daging, sayur dan buah pada setiap kali waktu berbuka dan bersahur.

5. Elakkan pengambilan minuman berkafein seperti teh, nescafe dan kopi kerana kafein akan menyingkirkan zat yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh (lebih-lebih lagi semasa bulan puasa).

6. Sediakan 2 liter air kosong dalam botol air dan minum sedikit demi sedikit bermula dari waktu berbuka sehingga waktu sahur.

7. Tambahkan dalam rutin Ibu untuk mengepam selama 20 minit sebelum masuk tidur dan 20 minit sebelum/selepas sahur.

8. Jadual mengepam semasa hari siang berlangsung seperti biasa (2-3 jam sekali).

9. Makan makanan milk booster seperti halba kini dipermudahkan dalam bentuk minuman dan makanan The Milk Story. Amalkan pengambilan air longan, kurma merah dan lobak putih.

10. Sekiranya ibu menyusu mengabaikan diet di atas berkemungkinan besar mereka akan mengalami waktu yang sukar untuk mengembalikan produksi susu ibu.

Lebih mudah jika bayi berusia lebih daripada 6 bulan kerana hidangan susu bayi boleh digantikan dengan makanan.

Bagaimanapun, pantau penghasilan susu harian anda semasa berpuasa. Sekiranya susu yang dipam setiap hari amat kurang berbanding apa yang bayi anda minum, Ibu dibolehkan untuk membuka puasa dan berusaha untuk meningkatkan kembali produksi susu ibu.

Selamat menyusu Ibu.

BACA: 4 Sebab Bayi Menangis, Penting Buat Ibu Bapa Untuk Tahu

BACA Lagi: Bayi Ini Baru Berusia 16 Bulan Tapi Sudah Boleh Membaca. Kami Turut Kagum

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka