Selepas tularnya video wujudnya makam watak popular Upin & Ipin di Indonesia, seorang wanita dikenali sebagai Limiyadin telah tampil untuk bercerita kisah sebenar di sebalik kewujudan makam tersebut.

Limiyadin berkata makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia tersebut tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.

“Jadi sekitar tahun itu, kami memperbaiki makam ini dan kedua orang tuanya tidak tahu memberikan nama apa. Salah seorang ahli keluarga memberikan idea untuk menamakan makam ini Upin Ipin,” ujarnya.

Dua kanak-kanak itu juga bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri. Tarikh yang tertulis pada makam tersebut adalah tarikh kematian dua kanak-kanak tersebut.

Sebelum ini, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Hj Burhan Radzi terkejut dengan berita itu dan berkata Upin & Ipin masih ‘sihat’ dan peminat Upin & Ipin tidak perlu bimbang kerana Upin Ipin akan kembali bersama rakan-rakan dalam musim baharu.

Tambahnya, musim baru ini akan lebih menarik dan standard animasi telah banyak bertambah baik. Pihak Les’ Copaque juga menegaskan setiap watak yang ada dalam siri Upin & Ipin tidak berkaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau sudah tiada.

Maka terjawab sudah ‘misteri’ makan upin ipin di Indonesia. Baca pautan di bawah mengapa Upin & Ipin kekal jadi animasi popular di Malaysia dan Indonesia.

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia

Ketua Suruhanjaya Penyiaran Indonesia Dakwa Upin & Ipin Adalah ‘Alat’ Propaganda Dari Malaysia

Netizen Indonesia Dakwa Jumpa Kubur Upin & Ipin, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque

Sumber