Nota Editor: Kisah benar dan tragis ini telah dikongsikan di Facebook Zaidi Ismail – seorang perunding hartanah dan kewangan. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Semoga ia turut memberi iktibar kepada kita dalam menempuh cabaran dan dugaan hidup.

Kes yang saya kendalikan Isnin lepas betul-betul membuatkan saya rasa sedih dan marah serta memberikan keinsafan kepada saya. Si anak yang kini berusia 32 tahun dan sudah pun berkeluarga dijadikan kuda tunggangan dalam perniagaan bapanya. Kini dia dibiarkan muflis dan hidup susah oleh bapanya sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau kini terpaksa menanggung masalah kesihatan yang kronik akibat disihir kesan dari menjadi kuda tunggangan dalam perniagaan bapanya.

Bukan sahaja beliau, malah ibu serta adiknya juga dibiarkan muflis akibat permainan bapanya sendiri yang kini hidup bersama isteri keduanya. Beliau juga dinafikan hak untuk mendapat wang serta harta yang dimiliki oleh beliau kerana dihalang oleh bapanya. Sebagai anak yang naif, beliau dijadikan kuda tunggangan dalam perniagaan bapanya sejak berusia 16 tahun lagi.

menangis-2

Iktibar yang boleh diambil oleh kisah ini:

1. Jangan jadikan diri kita kuda tunggangan mana-mana pihak waima keluarga kita sendiri (pinjam nama, penjamin, co-signee dan sebagainya) terutama dalam urusan hutang dan pinjaman.

2. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anak dan isteri, bukan menjadi pemusnah kehidupan mereka. Jangan biarkan kegagalan diri sendiri mengheret keluarga masuk gaung bersama-sama dengan kita.

3. Yang seharusnya ditinggalkan kepada anak isteri kita adalah harta yang menyenangkan hidup mereka bukannya beban yang menjadikan hidup mereka sengsara.

4. Si ibu seharusnya bertindak mempertahankan diri dan anak-anak dan menghalang suami yang ingin menggunakan nama isteri dan anak-anak dalam urusan melibatkan perniagaan dan hutang kecuali harta dan wasiat.

5. Kesedaran dalam ilmu kewangan sangat penting sebagai pelindung kehidupan seharian kita. Bukan sahaja pemangsa yang tidak dkenali boleh ambil kesempatan di atas diri kita, malah keluarga dan sahabat sendiri juga boleh menjadi pemangsa.

6. Ambil tindakan awal. Jangan takut dengan keluarga sendiri, berani kerana benar. Dapatkan nasihat dari mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang mereka. Jangan takut untuk berjumpa pihak berwajib sebelum nasi menjadi bubur.

Kesian dan sedih saya tengok Puan X, umur 32 tahun tapi dah macam 50 tahun. Jalan pun dah tak larat (kena pakai tongkat). Beliau bukan sahaja menghadapi kemusnahan kewangan malah terpaksa tanggung kesakitan. Jika benar saya tidak boleh bayangkan azab yang ditanggung oleh bapanya kelak. Jadikan kisah ini satu teladan buat korang.

Waallahualam.

BACA: Seorang Mualaf Sanggup Lepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

BACA juga: Fenomena Termakan Cakap ‘Si Buaya’ Semasa Memulakan Bisnes

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤