Berita baik buat pengguna Android. Begitu juga pengguna iOS. Google pada hari ini telah melancarkan aplikasi permesejan terbaru mereka Google Allo. Secara asasnya Google Allo merupakan aplikasi permesejan yang menyertakan wajah yang lebih fancy semasa mesej.

Berbeza dengan sejumlah besar aplikasi Google, Allo tidak lagi memerlukan anda memasukkan email untuk log in sebaliknya menggunakan no telefon anda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Google Allo turut disertakan dengan Google Assistant membolehkan anda mendapatkan info berkaitan apa sahaja terus daripada aplikasi. Ciri yang hampir serupa dengan telegram bot cumanya diintegrasikan dengan lebih baik dan moden.

ga_contextual
Ingin tahu sesuatu? Kini anda boleh terus google secara terus melalui Allo

blog-image-screens-6

Untuk mengatakan fungsi terbaru iMessage ditiru oleh Google Allo sudah tentunya tidak disebabkan pengumuman Google Allo telah dibuat jauh lebih awal berbanding iMessage. Walaubagaimanapun, Google kerap menangguh pelancaran Allo membuatkan seolah-olah menantikan iMessage terbaru sebelum dilancarkan kepada umum.

Sebelum ini, Google turut melancarkan aplikasi Google Duo. Sebuah aplikasi yang seakan-akan Facetime malah ditambah baik dari segi features. Berikut merupakan apa yang kami dapati melalui perbezaan Google Duo dan Apple Facetime.

Setelah pelancarana Google Allo dan Google Duo kami tertanya-tanya apakah perancangan Google pada aplikasi Google Hangout. Adakah iainya bakal terkubur sepertimana Google Talk.

Sumber