Setiap bulan ada sahaja video viral berkenaan individu yang degil menghalang petak parkir untuk kenderaan rakan atau keluarga mereka. Anda sendiri pasti pernah menghadapi situasi yang sama sebelum ini.

Persoalan ramai pastinya boleh atau tidak ‘cop’ petak parking? Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi di laman Facebook tentang isu ini. Dan ya, ianya salah di sisi undang-undang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut PDRM, Di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian ‘Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang’ menyatakan seperti berikut:

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Dan di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya.

Silap haribulan 6 bulan anda boleh dipenjarakan hanya kerana mahu cop petak parkir.

Jadi selepas ini, jika anda berdepan dengan perkara seperti ini lagi, majukan sahaja kereta anda ke dalam parkir berkenaan kerana mereka yang menghalang kotak parkir anda tidak mempunyai kuasa untuk menghalang anda. Jika mereka masih berdegil, boleh terus buat laporan polis.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

https://youtu.be/SuC_bj23iYE

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda!

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my.

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses, dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!