Nota Editor: 10 cara dapatkan rumah mampu milik ini telah dikongsikan oleh Aiman Harith, seorang Real estate negotiator di Nilai Properties Realty Sdn Bhd. Aiman juga merupakan pelajar di Institut Penilaian Negara (inspen). Semoga tip ini dapat membantu anda yang sedang mencari peluang untuk membeli rumah dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

10 CARA CARI RUMAH MAMPU MILIK SEMASA EKONOMI SURAM

Apakah makna utama ‘mampu milik’, terutamanya semasa ekonomi suram seperti sekarang? Untuk pengetahuan, kini bagi mana-mana penduduk bandar yang bergaji kurang daripada RM3,000 sudah dikategorikan sebagai Miskin Bandar.

Tanpa mahu menyentuh panjang mengenai definisi yang boleh anda cari di Kamus Dewan, atau lebih praktikal, Mr Google, mampu milik yang saya maksudkan adalah bayaran bulanan sesebuah unit pilihan yang tidak melebihi 1/3 daripada gaji bersih.

Katakanlah gaji bersih anda berjumlah RM3,000, maka bayaran bulanan rumah tersebut haruslah tidak melebihi RM1,000 setiap bulan.

1. UTAMAKAN SUBSALE

Terdapat 3 jenis rumah yang berada di dalam pasaran iaitu New Unit, Subsale dan Lelong.

Bagi yang baharu mula memasang impian memliki rumah pertama, saya cadangkan anda Subsale berikutan banyaknya pilihan tersedia sesuai dengan kemampuan anda.

Subsale atau dalam bahasa mudahnya disebut rumah terpakai secara praktisnya memerlukan anda menyediakan sekurang kurangnya 15% daripada harga unit tersebut iaitu untuk :

3.18% semasa bayaran booking, 6.82% sebelum/semasa menandatangani Perjanjian Jual Beli (SNP) dan 5% berikutnya bagi kos kos lain seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Pinjaman, Duty Stamp, Insurans, Penilai dan sebagainya.

Namun jika ini merupakan pembelian kali ke 2, ke 3 dan kali ke sekian kalinya bagi anda, tiada salah jika anda mula memberanikan diri bagi menyertai sesi lelongan.

tip-beli-rumah-musim-gawat-2

Sumber gambar: ariffshah.com

 

2. MANFAATKAN TAWARAN PEMAJU

Mulai hari ini, berikan sepenuh perhatian anda pada setiap helaian risalah mengenai sesuatu projek perumahan. Selain tawaran diskaun 7% bagi bumiputera, kebiasaannya pemaju turut menawarkan beberapa tawaran lain seperti Zero Downpayment, Tanggungan Cost Legal Fees dan sebagainya.

Why pay more if you can get it free?

3. CARI RUMAH YANG TERLETAK DI PINGGIR BANDAR

Mulakan pencarian rumah impian anda di kawasan pinggir/jauh daripada andar berikutan kosnya yang lebih murah.

Teres 2 Tingkat di TTDI berharga sekitar RM 800 000 berbanding di Semenyih, sekitar RM 500 000 sahaja.

tip-beli-rumah-musim-gawat-3

sumber gambar: syahrilkadir.wordpress.com

 

4. SERTAI SESI LELONGAN

Anda akan diminta untuk membayar deposit berjumlah 10% daripada harga rezab lelongan sesebuah unit pilihan sebelum menyertai sesi terbabit, Google bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai sesi lelongan yang terdekat.

Anda dinasihatkan untuk tidak beremosi semasa proses bidaan dan semak harga pasaran unit terbabit terlebih dahulu sebelum mendaftar sebagai pembida dalam sesi lelongan.

5. BELI RUMAH SECARA CASH

Tahukah anda, beberapa tahun kebelakangan ini adalah Buyers Market, di mana pembeli mempunyai lebih banyak pilihan dan chances to bargain.

Beli dan bayar deposit yang tinggi, 20% – 30% to bargain more!

Baca: 15 Tips Simpan Duit Agar Mampu Beli Rumah Dalam 3 Tahun. Sempoi Dan Mudah Diikuti

5. FARMING 20KM RADIUS KAWASAN KEJIRANAN RUMAH PILIHAN ANDA

Melalui cara ini, secara mudah anda akan tahu unit yang sering berlaku transaksi, kawasan unit low cost, medium cost, kadar sewa, Asking & Market Value unit di kawasan terbabit.

tip-beli-rumah-musim-gawat-4

6. JAGA PORTFOLIO KEWANGAN

Anda sudah ada 15% daripada nilai transaksi rumah tersebut dan sudah bercita cita untuk letakkan booking? Ops, nanti dulu!

Sila berhubung dengan pegawai bank anda atau Real Estate Negotiator (REN) anda terlebih dahulu bagi memastikan anda tiada masalah dengan pihak bank or at least try to minimize your problem with them.

Dibimbangi duit sudah tersedia tetapi terlepas peluang memiliki rumah pilihan berikutan kegagalan pembiayaan perumahan.

7. BERSAHABAT DENGAN 4 ORANG INI

Banker, Valuer, Real Estate Agent (REA) dan Real Estate Negotiator (REN), semak senarai contact rakan rakan dan jika ada, jemputlah mereka bagi sesi minum santai.

Nota: Ada antara mereka yang terikat dengan kod etika, jadi mereka kebiasaannya akan cuma berkongsi secara tertutup bersama kenalan rapat sahaja, make sure you’re one of them.

8. KENAL PASTI DESPERATE SELLER

Anda hanya akan berjaya mengenalpasti kelompok ini setelah melakukan point No 5.

Sebagai persediaan, bawa buku cek bersama anda bagi menunjukkan kesungguhan. Sebelum itu, pastikan anda sudah memiliki sekurangnya 15% dari nilai transaksi.

Trust me, once you have these both opportunity, go hard and bargain more. Hence, there is no wrong in asking.

tip-beli-rumah-musim-gawat-5

9. TIDAK BERANI MULAKAN LANGKAH PERTAMA? DO IT YOURSELF!

Kecanggihan teknologi dan akses kepada maklumat kini memungkin segalanya, thanks to the internet.

Buka laman laman web seperti iProperty, PropertyGuru, Mudah.my, www.npr.my, infohartanah.net dan sebagainya bagi mengetahui kekerapan transaksi dan tawaran terkini di kawasan tersebut.

Secara tidak langsung, anda akan mendapat kenalan baharu seperti REN yang menjadikan kawasan terbabit sebagai Farming Area mereka.

10. LAKUKAN WINDOW SHOPPING RATE DI BEBERAPA BANK

Percayalah, hatta perbezaan bayaran bulanan di antara Bank M dan Bank C cuma RM 50, ia akan membawa impak yang besar kepada portfolia kewangan anda jika tidak diurus dengan baik.

RM 50 x 12 bulan bersamaan RM 600
RM 600 x 30 tahun?

RM 18 000, ya, 5 angka.

Pergi ke beberapa bank dan tanyakan mengenai pakej pembiayaan perumahan mereka dan dapatkan kiraan tepat bagi perbezaan kiraan interest dan insentif-insentif lain seperti Free Moving Cost jika ada.

Unit hartanah seperti rumah dan tanah merupakan aset, bukan liabiti. Tidak seperti kenderaan, nilai pasaran rumah akan terus meningkat saban hari.

Jadi jika anda sudah memiliki 15% daripada nilai rumah bagi proses pembelian awal, jangan bertangguh untuk memulakan pencarian dan pemburuan anda daripada sekarang.

Jangan menangis di kemudian hari jika unit yang anda idamkan hari ini meningkat 20% harganya dua tahun hadapan.

Baca lagi: 5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤