Pada Oktober tahun lalu, Grab Malaysia telah menguji ciri Quiet Ride yang membolehkan pengguna memilih minimum perbualan sepanjang perjalanan. Nampaknya ciri Quiet Ride kini dikekalkan dan mula menawarkan ciri tersebut kepada umum.

Untuk makluman, ciri Quiet Ride bukanlah 100% bebas perbualan namun akan diminimumkan dengan hanya berkomunikasi bagi perkara yang penting. Perlu diingatkan, pemandu masih boleh bertanyakan berkenaan pengesahan nama dan butiran jalanan, menjawab panggilan mereka dan menghidupkan muzik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Grab

Di samping itu, Grab menyatakan tiada caj yang akan dikenakan untuk perkhidmatan terbaharu ini. Berikut merupakan cara mengaktifkan Quiet Ride untuk menikmati perjalanan yang lebih privasi dan aman.

Cara mengaktifkan Quiet Ride pada aplikasi Grab

1. Buka aplikasi Grab dan pilih Car di bahagian menu utama.

Sumber Gambar: Aplikasi Grab

2. Kemudian, tambah destinasi dan pilih Choose This Pick-Up untuk mengesahkan lokasi untuk menjemput anda.

Sumber Gambar: Aplikasi Grab

3. Di bahagian ini, lanjut klik tiga titik dan tandakan pada Quiet Ride.

Sumber Gambar: Aplikasi Grab

4. Akhir sekali, tekan Update untuk mengaktifkan ciri Quiet Ride pada tempahan GrabCar seperti biasa.

Sumber Gambar: Aplikasi Grab

Selepas ini, pemandu yang ditugaskan untuk tempahan GrabCar akan dimaklumkan tentang pilihan anda. Sekiranya pemandu mungkin terlepas pandang berkenaan permintaan Quiet Ride, maka anda bolehlah memberitahu mereka jika itu yang anda mahukan.

Jika anda berubah fikiran kelak, boleh sahaja ikuti tutorial di atas menyahaktifkan ciri tersebut. Anda boleh kongsikan artikel ini agar lebih ramai pengguna cakna tentang penawaran Quiet Ride yang kini boleh diaktifkan menerusi aplikasi.

Sumber