Anda pasti menghadapi senario apabila kenalan meminjam telefon untuk tujuan selfie lalu mengakses gambar peribadi tanpa diketahui. Salah satu cara untuk atasinya adalah dengan menetapkan Face ID untuk sembunyi gambar peribadi pada album khas.

Semua ini boleh dilakukan dengan kemas kini terbaharu iOS 16 pada iPhone yang digunakan. Dengan ciri sekuriti ini, pengguna selain anda tidak boleh mengakses album Hidden dan Recently Deleted yang telah ditetapkan  dengan Face ID. Boleh ikuti tutorial di bawah untuk menetapkan Face ID pada album tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Cara menetapkan Face ID  pada iPhone

1. Pertama sekali, pergi pada bahagian Settings.

Sumber Gambar: Settings

2. Kemudian, pilih aplikasi Photos.

Sumber Gambar: Settings

3. Lalu, skrol ke bawah dan aktifkan fungsi sekuriti Face ID dengan klik pada butang di sebelah Use Face ID.

Sumber Gambar: Settings

4. Selepas itu, setiap kali ingin membuka album Hidden atau Recently Deleted perlu menggunakan Face ID.

5. Untuk menyembunyikan gambar anda pula, pilih mana-mana gambar peribadi menerusi album Recent.

Sumber Gambar: Gallery iPhone

6. Tekan simbol tiga titik di bahagian bawah kanan skrin.

Sumber Gambar: Settings

7. Pada menu yang terpapar, klik Hide.

Sumber Gambar: Settings

8. Akhir sekali, anda hanya perlu tekan Hide Photo. Gambar yang dipilih akan disimpan dalam album Hidden dan hanya boleh diakses oleh anda sahaja.

Sumber Gambar: Settings

Dengan ciri ini, anda sebagai pengguna akan merasa lebih selamat kerana gambar peribadi tidak boleh diakses dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak berkaitan.

Diharapkan dengan tutorial ini memberikan kefahaman untuk menetapkan ciri Face ID bagi melindungi gambar peribadi anda. Malah, gambar yang tersimpan di dalam album tersebut tidak boleh diakses biar pun iPhone telah dinyah aktifkan.