Beberapa hari yang lepas kami pernah mengongsikan kepada anda beberapa servis cloud storage terbaik dan termurah anda boleh cuba. Di dalam artikel tersebut kami membandingkan harga dan servis bagi penyimpanan fail sehingga 1 TB.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sekadar menyimpan fail yang tidak lebih daripada 30 GB, kami cadangkan anda untuk tidak melanggan servis berbayar berikut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mengapa? Antara sebab utama anda tidak perlu melanggan servis berbayar ini kerana anda sebenarnya mampu menyimpan sehingga 30 GB percuma dengan mudah melalui gabungan beberapa servis cloud yang ditawarkan secara percuma. Berikut merupakan antara cadangan kami:

Tips menggunakan 30 GB storan cloud secara percuma

Salah satu tips untuk mendapatkan sehingga 30 GB storan cloud percuma adalah dengan menggunakan servis cloud yang pelbagai. Contohnya seperti Google Drive, Dropbox dan Amazon Drive.

Untuk memenuhi 30 GB ruang storan, tiga servis cloud ini antara yang menawarkan storan cloud dengan saiz terbesar.

  1. Google Drive (15 GB)
  2. BOX (10 GB)
  3. Microsoft OneDrive (5 GB)

Selain itu, anda juga berpeluang untuk mencuba setiap aplikasi ini terlebih dahulu sebelum mendapatkan servis berbayar sekiranya anda ingin menyimpan dengan saiz yang lebih besar.

Penyediaan beberapa servis lain seperti Dropbox dan servis cloud yang ditawarkan khusus buat jenama tertentu seperti iCloud buat pengguna Apple antara yang boleh anda manfaatkan.