Lebih kurang 3 minggu sahaja lagi sebelum Samsung Galaxy Note terbaru diumumkan. Terbaru, lebih banyak gambar model terbaru Samsung yang tertiris yang dipercayai merupakan model terbaru bagi siri Galaxy Note 7. Buat anda yang tertanya, mengapa Samsung melangkau nama model daripada Note 5 kepada Note 7 anda boleh klik di sini.

Melalui gambar tertiris didapati Galaxy Note 7 ini mempunyai rekabentuk yang lebih nipis berbanding model sebelum ini. Note 7 juga mempunyai placement antenna yang mirip kepada Samsung Galaxy S7.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

leaked-galaxy-note-7-photo-4  leaked-galaxy-note-7-photo-1

Adakah gambar tertiris ini boleh dipercayai? Pada pendapat saya boleh berdasarkan ura-ura yang tertiris sebelum ini. Antaranya variasi warna Black Onyx yang dijangka hadir pada model terbaru ini serta paparan dwi-lengkung dimana kemungkinan besar bakal hadir.

Buat pengguna dan penggemar Samsung Galaxy Note, adakah  anda akan upgrade telefon anda kepada model terbaru ini sekiranya paparan dwi-lengkung serta spesifikasi mantap seperti RAM 6 GB dan Snapdragon 821 hadir pada model terbaru ini?

Walaubagaimapun, penantian untuk pengumuman Samsung Galaxy Note 7 bakal berakhir apabila Pihak Samsung mengumumkan bakal memperkenalkan model baru ini pada 2 Ogos ini. Ikuti twitter @TheVocket untuk mendapatkan info live update sempena pelancaran model terbaru daripada Samsung ini.

Sumber