Sebelum ini, REV Ad Manager telah diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan memasarkan perniagaan mereka dengan rangkaian yang luas agar lebih dikenali.

Bukanlah mudah untuk menjalankan sesuatu perniagaan dimana memerlukan kesabaran dan paling penting tidak mengalah ditengah jalan apabila berdepan dengan masalah dalam perniagaan.

Baca Juga:

Lantaran itu, jika menjalankan perniagaan yang perlu bersaing dengan ramai peniaga, semestinya perlu hadir dengan taktik berbeza untuk menarik minat pelanggan agar produk kita lebih dikenali.

Memilih untuk menjalankan perniagaan tudung, Puan Norsalsabila Zawawi yang merupakan pengasas Bawalz.my telah mula memasarkan jualan tudung kepada rakan sekerja wanitanya sekitar tahun 2017, diikuti dengan pembukaan akaun Instagram (IG) bagi mempromosikan perniagaannya.

Pengasas Bawalz.my, Puan Norsalsabila Zawawi

Pemilik Bawalz.my iaitu sebuah kedai atas talian dan juga kedai fizikal yang berasal dari Kelantan menjual tudung bawal sulam buatan tangan sedar bahawa beliau perlu menambah baik perusahaannya agar dilihat untuk kekal relevan dalam pasaran dan menarik minat serta dapatkan kepercayaan pelanggan.

Meskipun hanya menjalankan operasi perniagaan dari rumahnya di Kelantan, beliau aktif menggunakan media sosialnya dengan mensasarkan pelanggan IG di sekitar Selangor, Johor dan Seremban. Dengan hanya meningkatkan iklannya di IG, beliau berjaya memperoleh jualan sekitar RM5,000 ke RM7,000 sebulan.

Selepas diperkenalkan dengan REV Ad Manager (RAM), satu penyelesaian unik dalam memperkasakan jenama dan agensi untuk menyasar audiens berdasarkan wawasan strategik tabiat pengguna, Puan Norsalsabila memutuskan untuk menjalankan kempen pengiklanan selama 2 minggu bersama RAM.

Melalui dua jenis pendekatan pengiklanan – kesedaran dan prestasi – Bawalz.my telah melabur RM2,000 yang menghasilkan keputusan 0.28% CTR (click-through rate) daripada MREC dan peningkatan sehingga 4.46% CTR untuk Mobile Sticky Bottom.

Kempen yang berlangsung selama 2 minggu itu telah memberi impak kepada pendapatan Bawalz.my yang sebelum ini hanya memperoleh sekitar RM5,000 hingga RM7,000 sebulan. Mereka telah berjaya memperoleh RM10,000 dalam masa 2 minggu sahaja selepas menggunakan RAM.

Platform layan diri ini merupakan usahasama di antara REV Media Group, penerbit digital terkemuka Malaysia juga merupakan cabang digital Media Prima Berhad dan Dattel Asia Group yang memberikan anda akses kepada 39 aset media dan 15.8 juta pengguna unik untuk jenama anda.

Nikmati kelebihan ini untuk jenama anda apabila bekerja dengan RAM:

1. Anda tidak membeli saluran, anda beli RANGKAIAN penonton.
2. Tidak perlu pilih saluran, RAM CADANG & BERI KHIDMAT
3. Penyasaran audiens yang strategik dengan Model Pengguna AI.

Memperkenalkan jenama anda kini tidak lagi perlu menjadi suatu hal yang merumitkan dan tidak akan menghabiskan bajet anda. Paling penting, anda dapat hasil yang anda inginkan. Dengan 5 langkah mudah ini, anda tidak perlu bimbang lagi.

1. Cipta kempen
2. Cipta audiens
3. Cipta reka bentuk
4. Bayar dan terbitkan iklan
5. Laporan prestasi

RAM bertujuan untuk memperkasakan PKS tempatan dan membolehkan mereka mencapai lebih ramai audiens sasaran.

Hubungi kami untuk khidmat REV Ad Manager supaya anda juga boleh menjalankan kempen yang berkesan lebih daripada media sosial. Tarik perhatian pelanggan anda di laman web premium tempatan Malaysia dan sokong ekosistem tempatan. Layari https://revmedia.my/rev-ad-manager/.